About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Saturday, December 31, 2011

Garaj 1Malaysia 1Dunia..Satu2nya Blogpost Di Dunia Hari Ini..:)



Small Garaj That Connecting Me To The World

"Lah tak sangka kat sini kita leh jumpakan!".." Eh macam mana kamu kenal sepupu aku ni??!!". Akhir ke dua2 ekspresi ayat2 ini biasanya lah.."Kecik/kecil nya dunia ni kan?". Begitulah aku merealisasikan dunia ini kecil melalui 'ofis' @ 'small garaj' berlengkapkan sebuah komputer sebagai teman. Bukan teman tapi mesra..tapi teman memang mesra..:). Suara dan kata2 hatiku 'didengari' dan 'dibaca' oleh dunia. Ini semua kerja 'teman memang mesra' aku ni lah.
Di sini aku sering menerima nasihat dan ilmu serta amalan2 untuk aku bermuahabah diri sebagai bekalan hidupku yang 'abadi'. Aku diingatkan dan disedarkan kembali akan perkara baik yang aku lupa atau tinggalkan..:). Disini lah urusniaga korprat bakal menjadi saksi satu hari nanti. Di sinilah 'kebenaran' dan 'keadilan' hukum dunia kami cari. Di sinilah suka, duka, gelak tawa rakan cyberku kongsi. Di sinilah juga aku melihat kejadian langit dan bumi juga memikirkan akan rahsia penggantian malam dan siang di mana akhirnya aku merasakan 'celakalah' aku jika sebagai hambaNYA tidak pernah bersyukur akan nikmatNYA.
Namun yang biasanya lah kan ku alami ialah jeritan dan cakaran kucing2 kala malam sunyi menemani pencarian cerita blogku...kucing beranak tak pernah lagi..:)).
Dengan 'teman' ku ini aku rasa bertuah dan bersyukur..Allah pertemukan dengan 600 lebih 'suara-suara hati' yang tidak pernah ku mimpikan selama ini. Terimakasih dan ku hargai kesudian 'rakan2' ku yang sudi menerima diri ini sebagai 'rakan' suara hati kamu..:). Yang pasti kamu semua HEBAT!! dimataku..:)
Untuk kamu 'rakan suara hatiku'..'post' ini khas untuk kamu semua. Selamat bertemu akan 'ruang dan teman' aku bertemu kalian di alam cyber ini.
'Ruang' ini mungkin tidak cantik & menarik pada pandangan anda namun ku harap doa kalian moga ia cantik dan menarik di sisiNYA..Ameen...:)

Saturday, December 24, 2011

Kantul!! DiSebalik Debaran Bola Tidak Sekencang Debaran Dating..:)




Wajah-Wajah Surihatiku..:)

Saat negara diberitakan akan pengumuman Yusri dan Surihani status hubungan mereka berdua, PC ku pula yang menjadi tempatku menyimpan segala rahsia kehidupanku diambil alih oleh anak2 dan sepupu dia orang untuk bermain Playstation (maklumlah cuti panjang semua balik..bagi chance le..hihi)..maka laptop kecik kenot aku ini kembali ku godek..hihi. Dah lama aku tak sentuh laptop ni..bukan apa..skrin kecik..aku macam tak puas..bikin sesak nafas dong..umur dah tua ni kan..:).
Dalam check mengecheck dokumen2 dalam laptop ni..terbaca aku akan nukilan seseorang yang bikin nafas ini kencang!!!!. Aku hiba, sayu..terharu dan happy!!. Inilah catatan surihatiku dalam diam dan senyumannya yang dianugerahkan Allah untuk diriku yang tidak sempurna disisiNYA ini..{ku copy paste ajer supaya tiada kesilapan dan bukti ianya adalah bukan catatan aku}:
DEBARAN BOLA TIDAK SEKENCANG DEBARAN DATING..:)
Hari ni cuaca boleh panas ler pulak..surihatiku dah pesan..’call abang ais..order ais’..tapi aku ni masa tu mikirkan blog apa nak buat..so..lupa terus.  Lupa pulak hari ni ada ‘LIVE MATCH’ Malaysia vs Thailand..lagi risau la..cukup ke tak simpanan ais yang ada??!..biarlah pulak surihati abang ni yang sambung ye..tak pernah ku menyangka orang yang bernama zihan kirim salam kat aku.hihihi..kelako bunyinyer..tapi memang betul la zihan itu..abang zalifa…zalifa ni kawan adik2 aku.(zalifa, yaya, adik, cai, zana)…tak sangka la sangat2 dia boleh kirim salam kat aku…nak dijadikan cerita , aku boleh pulak mintak no tel kat adik jamal kawan zihan,,,dok perak upenye,,,jauh tu..wah!.bila dh ada no telipon, masing2 kencang la bertalipon, pagi, ptg , siang, malam..best sembang ngan zihan ni sbb dia kelako, ade je nak ketawa kalau sembang ngan dia ni…dulu2 panggl awak saya je..
Sampai la satu hari aku di kuala lumpur jaga mak sakit di HBKL..saat yang paling menyedihkan dalam hidupku..Mak yang ku amat sayangi pergi meninggalkan kami semua, meninggalkan kami dalam tidurnya..sedih yang teramat sangat..huhuhu ..orang yang pertama aku tel..aku pun tak tau mcmana boleh tertalipon dia..nak tau ke sapa..mestilah Zihan…’zi, mak dh tak da’..tu j ayat aku..
Sebenarnya kehadiran zihan dalam hidupku memang tepat pada waktunyer aku kehilangan seseorg yang ku sayangi..dialah tempat ku mencurah kasih…jeng3…setelah beberapa bulan baru la kita plan nak dating..alamak malunyer, segannyer,seram sejuk ni..malam dh tak nak tdo dh,,perut asyik memulas2,bak kata pepatah makan tak kenyang, mandi tak basah, tido tak lena....pehh!!..penangan nak berdating mcm ni upenye yek..hehehehe..hari yg dtggu pun tiba, bus stand pagoh jadi pertemuan pertama sepasang ‘kekasih’(jiwang sgt ni)…ooooo ni la zihan ye(hati kuberkata..kita sama tinggi la..;)..suka sangat..masa tu tuhan j yang tahu perasaanku…dia pun sama gak kan,..betul tak zihan..ce sambung pulak cite ni…luv u saying.
Rupa2nya dia menyambung nukilan tergantung aku masa mula2 untuk create blog ini. [yang aku italic bold tu lah catatannya]. Aku bukan jenis romantik punya orang..tapi it was so touching..:(. Untukmu sayang..abang sambung..abang mudah lupa kerana abang manusia biasa..namun setiap detik dan saat tanda datangnya jodoh seperti nukilan sayang..abang tak lupa..ingat lagi tak saat ku capai tanganmu ketika melintas jalan depan bus stand pagoh (sekarang bus ekpress)..dirimu kata..eh apa ni pegang tangan orang ni..namun  jiwa yang tk romantik ini terus berkata..i dont care!! you are mine!..alhamdulillah...kami bahagia..:)
Surihatiku..besar sedekahmu pada diriku ini..itulah sedekah senyuman manismu... untuk luka dan kecewaku :)...:)...:)
Title Post ni aku buat Debaran Bola..surihatiku sambung...Tidak Sekencang Debaran Dating

Monday, December 19, 2011

Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad- Ada Apa Dengan Kamu?!!



STTA Masa Kini

Sebahagian Guru2 STTA..: Bekas Guruku Cikgu Mariam & Cikgu Rohani


Tidak Menyangka Sepupu Surihatiku Cikgu Nabilah Pernah Mengajar di STTA
Secara Kebetulan Kenal di Facebook Bekas Guru STTA : Pida Daisy

Sudah beberapa hari aku tak update blog ni. Suasana hujan 3 hari tak berhenti betul2 tidak memanaskan minda untuk berblog. 2 hari lepas dalam cuaca hujan ni..roti canai yang aku ceritakan di blog ini bagai melambai2 garing perutku ini..di Tepian Sg Kundang Ulu tu le. Elok jugak berdesup ke sana, boleh 'pantau' Sg Kundang Ulu penuh ke tak airnya..fuhh memang merisaukan le be!!. Dalam perjalanan pulang..pastinya lalu di sekolah menengah pertamaku..Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad. Kenangan lalu menggamit kembali le. Teringat aku akan classmate dan guru2 ku. Guru-guru yang masih ada dan yang telah pergi dahulu menghadap Ilahi. Sekolah STTA banyak dah berubah. Bangunan sekolah dah bertambah dan makin tinggi tu!!.
Kenangan alam persekolahan cukup banyak di sini. Yang penting pengalaman aku semestinya..bergaul dan belajor sekali dengan kaum2 lain. Mak ai..pertama kali..nak gaduh ajer. Tak kira lah ..dalam bas ke..dalam kelas ke..dalam toilet ke..pantang jumpa..prasangka buruk ajer. Herannya ngan lelaki jer..pompuan tak le pulak..:)). Gitu le fitrah manusia ye..hihi. Tapi lama-lama jadi teman pulak..mesra lagi ko!!. Yang best classmate bangsa Cina ni leh cover kita Melayu ni kalau nak mula gaduh. Siap sound bangsa diaorang dari kelas lain,,jangan lo..ini budak kampung wa!!..best tul!!. Yang menarik..akhirnya semua menjadi baik. Caya la STTA. Amoi2 usah cerita..baik sesangat. Sampai aku sakit pun datang rumah..:))..bukan famous pun aku ni..hihi. Ingat lagi namanya..Keng Huey, Eng Soon & Mee Ching. Tapi yang rasa sakit terus sihat..Keng Huey le datang..ermm. Bukan nk kata le..memang lawo..dgn lesung pipitnya..mata coklatnya...aduhai..hikhik. Zaman sekolah be..:)).
Cikgu2 aku tak dapat cari banyak gambar le. Yang ada ni pun ada member FB tag kan. Cikgu Mariam dan Cikgu Rohani pernah mengajarku. Cikgu Rohani..matematik..Cikgu Mariam..agama islam. Cikgu Rohani mukanya memang garang..tapi sebenarnya dia friendly dan suka kalu tengok dia senyum. Orang muka garang ni kalau senyum..kalah gula manisnya. Suami Cikgu Mariam telah pun meninggal dunia 2 3 bulan lepas..Allahyarham Cikgu Salleh..juga bekas guru aku. Ingat lagi dia mengajor sambil bergurau.."Tahu Agong?"..Kami tunjukkan lah dalam buku dan photo yang tergantung dalam kelas. 'Bukan itu bukan Agong'..kata arwah. Terkebil2 kami dibuatnya..alamak!! bisa kena tampor ni!!. Lepas tu dia kuarkan duit RM10.00 dari walletnya.."Hah ini Agong..tak de Agong ni usah harap le kamu"..Memang betul kuar dalam SRP (PMR)..tahun tu!!..hihi tak de lah.
Aku sampai form 3 je di STTA sebab dulu kalau dapat aliran sains kena sekolah di Bukit Gambir. Masa jawab SRP..siap cakap dalam hati..nak buat betul2 ke tidak..kalau bagus kena pindah Bkt Gambir..kalau tak ..stay..??!! Ya la nama pun budak sekolah. Sebabnya bukan apa..Keng Huey le!!..hahaha. Tapi kalau dia buat bagus..aku lak terpelongong nanti kat sini..hahaha. So alhamdulillah..memang kena pindah Bukit Gambir. Keng Huey aku jumpa..tapi aku tak sanggup tanya le be!!!!..ku biarkan keputusan dia pindah ke tak pindah 'hang' cam tu ajer..hahaha. Kami bukan couple ya be!!..tapi dia memang baik ngan aku be!!. Dah le baik..memang lawo be!!!.
So, bila dah umur cam ni..jumpa lah cikgu2 aku di luar sana..terharu tau..bayangkan..beratus murid dia orang ni tapi kalau jumpa mesti ingat nama kita betul tak?? Besar jasa dia orang. Kalau aku nak cerita seorang demi seorang guru..tak muat blog aku ni. Dan alhamdulillah semenjak ada FB ni ramai kawan yang sebaya dan muda daripada aku merupakan pelajar dan bekas pelajar STTA. Pastinya korang pun punya kenangan tersendiri kan?. Tidak menyangka di FB kenal seseorang ..pompuan..rupanya pernah mengajar di STTA..itulah Cikgu Pida Daisy. Cikgu ni pandai nyanyi..suara pun sedap..orang Sabah le katakan...memang sedap kalu nyanyi. Photo tu pun rasanya dia ambil di Sawah Ring. Kalau cikgu terbaca blog ni..saya nak minta maaf dan terimakasih kerana meminjam photo cikgu ni dan muatkan dalam blog saya. Untuk tatapan anak murid cikgu..:). Dan ada jugak saudara yang mengajar di STTA..Cikgu Nabila dan Headmaster Cikgu Suradi. Apa pun STTA tetap membawa seribu kenangan kepada kami ini..bekas2 pelajar di sana dan jasa guru2 yang pernah mengajar kami tetap kami kenang smpai bila2..insyaallah. Kepada mereka dari STTA yang membaca blogku ini..sudi2kan lah joint as a follower blog ini sebagai tanda sokongan dan ingatan pada sekolah kita Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad Kundang Ulu...:)) Terima Kasih.

Wednesday, December 14, 2011

Air Tangan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (SAB), Muar

Kiri : Pemilik D'Ratuhati.. Kanan: Surihati

Kek Lapis Lazat D'Ratuhati

Jika facebook digunakan untuk perkara berfaedah..maka sewajarnya kita bersyukur akan nikmat ini. Berbelas tahun kita terpisah dengan rakan2 sekampung atau rakan2 belajar..dengan ada platform ini..kita ditemukan. Begitulah ciptaan Allah akan hamba2Nya. Cuma kita yang selalu lupa akan Maha Pencipta.
Kalau Allah tak ciptakan facebook ni..usah harap la aku rasa kita nak jumpa kawan2 lama apatah lagi kalau yang dah berumahtangga. Hari Raya??!!.Sebulan cuti rumah sepupu sepapat tak habis ronda le!!...:). Begitulah pertemuan yang diizinkan Allah antara keluargaku dan Pn Noraini Hassan. Sekampung ni..tapi baru tahun ni jer lah kami dapat jumpa sejak ada facebook ni. Tau-tau katanya dah jadi orang Pekan Nenas Pontian. Suaminya orang kampung jugak tapi dah rezeki cari makannya di sana..syukur je la kan.
Dalam facebook dia ni dok cerita dan post status pasal kek hasil tangannya, dan mengikut kata kawan2 surihatiku keknya sedap. Terus terang..aku tak ambil pot sangat bukan aku tak suka dia tapi aku memang tak minat kek ni. Maklumlah dari kecil mak & abah akau memang tak biasakan kami makan kek..sambal tempe..and..sambal tempe...errrm..sedapnya. Jadi surihatiku kata dia nak cuba lah order. Up to you..aku kata tapi surihatiku tau rasa krim yang aku suka..bberry..so dia orderla kek lapis bberry+cheese.
Jadi dengan facebook..order la. Wow..special delivery tau...hihi..kebetulan dia balik kampung da!!,,:). First time..photo atas ni tadi pagi (14/12/2011)..aku rasa le sikit. Lembut dan bberry and cheesenya rasa kirk!!!. Ambik kau..banyak aku makan..sedap le..:). So dalam facebook 2 3 hari lepas dapat tau dia nak balik...adik ipar aku..Pn. Fariza order. Errm..pekena dengan Alicafe panas sedapnya!!!. Rupa2nya banyak tempahan diterima..kira dah kenal lah kerani Pejabat Pos Pekan Nenas..Pn Noraini ni. Lantaran tujuan berblog ni dapat buat sikit amal jariah aku tolonglah promosi blog dia ni. Nak tempah atau sebarang pertanyaan refer kat sini:
Pn Noraini ni bekas penuntut Sekolah Sultan Abu Bakar Muar..sama la dengan surihatiku. Aku bukan peminat kek..tapi kek dia aku suka dan boleh makan..TRUST ME...:)

Monday, December 12, 2011

Keberuntungan Rahmat Allah di Kg Parit Sawah Kundang Ulu Muar


Kawasan Madrasah Tahfiz Al Fath Prt Sawah Kundang Ulu


Rumah Kawan Facebook Berhadapan Madrasah : Nadia Herman Shah


Kiri: Irfan (Yang Menuntut) Kanan : Azrai

Hampir 2 minggu kami tak menjengah Irfan sejak dia balik asrama selepas pulih dari sakit mata. Dia le yang mula2 kena..sudahnya sampai hari ni bapak dia tak senang2 sakitnya...sikit lagi dan sabar je la..:). So, semalam,11/12/2011 dapat lah aku bawa dia keluar tepat pukul 9 pagi. Aku ambil dia dengan Azrai..anak aku yang pemalu..'like father, like son'..:). Dalam kereta dia kata 'Irfan dah pindah kelas..kelas tahfiz'..syukur Alhamdulillah dah hampir setahun dia belajar di situ. Aku ni tak faham sangat akan teknik sekolah tahfiz ni dan kelas-kelas yang perlu diduduki. As long as dia kata dah pindah ke kelas tahfiz..ok n syukur ajer la. Yang penting tanggungjawab Allah bagi pada aku...aku dah jalankan.
So, seperti di foto inilah Madrasah Tahfiz Al Fath yang terletak di Kampung Parit Sawah, Kundang Ulu, Muar Johor. Dalam post sebelum ini aku menceritakan pasal Roti Canai Tepian Sg Kundang Ulu dan Sekolah Tengku Temenggong Ahmad dan kali ini..satu lagi anugerah nikmat untuk Kundang Ulu iaitu terdapatnya sebuah pusat tahfiz di sini dan yang lebih merasai nikmat Allah ini ialah orang-orang kampung Parit Sawah, Sebabnya hampir 24 jam kampung ini tidak sunyi dari nikmat dan rahmat bacaan ayat-ayat Allah dari pelajar2 di madrasah ini..:)..[ jealous..sebab kampung sendiri tak dapat2 lagi..:( ]. Lagi yang merasai nikmat ini ialah mereka yang tinggal di depan madrasah ( photo). Itulah rumah ibubapa kawan Facebook aku..Puan Nadia Herman Shah. Tahniah dan syukur ya puan..atas bukit lagi..dingin diri dan jiwa rasanya..:).
Pusat ini diuruskan oleh seorang ustaz yang baik budi pekertinya..Ustaz Halim. Dia ni selalu ke kampung aku bersama rakan2nya yang lain menyambung tugas-tugas Rasulluallah. Terimakasih ya Ustaz..sebab dengan meramaikan jemaah masjid Kampung Hujung Tambak..Allah janji akan limpahan rahmatNya atas kampung yang dikunjungi..:). Ia dibantu oleh beberapa orang ustaz yang mahir tahfiz. Dilengkapi dengan asrama, dewan makan dan surau serta pejabat..namun ianya masih memerlukan sumbangan dari mereka yang mahu beramal jariah..yang mahu menambah bekalan diakhirat nanti untuk keselesan mereka yang mengajar dan belajar. Untuk makluman pembaca..banyak permohonan diterima daripada ibubapa untuk anak2 mereka belajar dan menghafaz al Quran di sini tetapi terpaksa ditolak kerana asrama yang terhad begitu juga perbelanjaan2 yang lain. Bersyukur atas kesedaran kita orang Islam hari ini sebenarnya. Maka itu aku tidak setuju kalau orang katakan ibubapa hari ini kurang ambil berat akan agama dan pengajian al-Quran. TIDAK. Ramai yang mahu tetapi disebabkan madrasah2 ini terhad dari segi kewangan maka tak ramai boleh diterima permohonannya. Di sini aku sertakan alamat dan contact no bagi sesiapa yang mahu membuat sumbangan jariah dan terimakasih diucapkan atas sumbangan jika ada dari aku mewakili pihak ibubapa pelajar di sini.
MADRASAH TAFIZ ALFATH
Kg. Parit Sawah 84710 Kundang Ulu Ledang Johor
No tel: 069727397 @ 0133457763.


Friday, December 9, 2011

Ada Yang Menarik Di Kundang Ulu, Muar Yang Mungkin Anda Tak Tau!!??

Tepian Sg. Kundang Ulu

Roti Canai Pilihan Kami

Sebut saja Kundang Ulu sudah pastinya ia akan mengimbau kenangan ramai penduduk sekitar Mukim Gersik ini. Kenangan abadi menuntut ilmu dan cinta monyet ( sudahnya memang banyak monyet mukim kami...hihi), peralihan tingkat pendidikan dari rendah ke menengah..itulah Sekolah Menengah Tengku Temenggung Ahmad @ STTA. Sebuah Pekan Kecil tapi dikelilingi banyak kampung maka terbinalah STTA.
Pengakhiran perjalanan di pekan ini adalah sebatang sungai Muar. Dah sungai ni melalui pekan ini..aku panggilah Sg. Kundang Ulu 'dengan izin' sebab mungkin ianya diwartakan dengan nama lain. Sungai itu boleh dilihat di dalam photo dibelakang kami tu lah.
Dulunya tiada binaan kedai atau kawasan seperti ini. Masa zaman persekolahan akulah. Ianya kalau tak salah deretan rumah kampung Melayu dan Cina tetapi disebabkan berlakunya banjir sekitar tahun 2005..ramai yang pindah. Fuuhh kak ngah weii!! dalam bebenor kalau banjir...pendek kata siapa yang dok kat situ kata...'dah le tu jangan nak diimbau-imbau lagi...ngeri!!!'.
Dengan itu terbinalah..strukutur kawasan berkonsepkan taman riadah. Jadi sejak aku balik ke kampung dari Ipoh..style aku bersarapan..maksudnya kalau di warunglah kan..suka merayau carilah mana tau ada warung yang sedap2. So, masa datang di tepian sungai ni dangan family..nampaklah ada satu kedai ni jual roti canai dan lain-lain menu. Pembuat roti canai ni orang perempuan. Aku ni phobia sikit kalau pompuan pembuatnya sebab pengalaman...sory ya..kurang sedap..tapi mengenangkan jarak dari kampung lebih kurang 5 km drive..tak pe lah..dah rezeki aku untuk hari tu.
Ya Allah..kak long!!kak ngah!!..terkezut aku..sedapnya!!!!!. Rotinya garing nipis jer..kalau dimakan tanpa cicah kuah pun sedap!!!. Terus terang...1 tak cukup. Surihatiku dan anak2ku biasanya 2 keping..aku sekeping sebab ada kuih kegemaranku yang sedap di sini jugak...apa lagi kalau bukan karipap!! sedap intinya. So far 2 menu ni lah aku give a credit to makcik2 ni. Sorylah yang dapat aku ambil gambar itulah roti canainya..karipap lupa pulak. Tapi hari ni karipapnya macam orang lain yang letak la...yang biasa tu tak da..tapi ok la jugak tadi rasanya.
So..datanglah bersarapan di sini ( promosi ikhlas ni sebab tiada kaitan saudara pun,,,hihi). Pasti anak-anak suka sebab ada taman permainan sebelahnya tapi kena monitorlah ya sebab dekat ngan sungai. Pergi dalam pukul 8am-9am best. Kalau cuaca ok...matahari ada kan..nampak cantik view pancaran cahaya kena air sungai tu cuma tadi photo ni diambil guna handphone..tak menyerlah sangat hasilnya. Seberang sana tu ada sebuah kampung..Liang Batu namanya..so masih ada pengangkutan bot kecil untuk ke sini. Jadi anda juga boleh la kalau nak merasa naik bot tu..kalau tak silap 30 sen je tambangnya...murahkan!..:)). Oh ya bagi kaki pancing pulak...fuhh!! bang ngah!!...lubuk udang galah ni kalau musimnya..Silalah datang.
Untuk panduan anda : Kundang Ulu lebih kurang 5km dari Pekan Gersik...Selamat Menjamu Selera dan Memancing...:)

Thursday, December 8, 2011

Terimakasih Atas Doa Penduduk, Keluarga dan Rakan2 Facebook...:)

Kereta sekadar keperluan aku dan keluarga
Di depan kolam ni lah kereta ku parking Jumaat tadi

Alhamdulillah..syukur aku pada Allah kerana penyusunan jadual hidupku hari ini dan semestinya sejak aku dilahirkan Allah Penciptaku..cukup indah penyusunanNya untuk diriku ini. Semalam kampung kami diuji untuk mencari pengganti Imam Jumaat. Rakan setugasku, Cikgu Rosli telah keluar kampung meneruskan usaha-usaha dakwah yang ditinggalkan oleh Rasulallah. En. Nizam perlu melaksanakan tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan dan aku...:(...sakit mata yang terus-terusan.
Isimewanya kampung kami ialah semangat kerjasama qariah yang ada. Maka qariah telah bercadang untuk meminta tolong Mantan Imam, Cikgu Isa membantu. Tanpa di sangka-sangka..mantan imam ada hal di luar kampung juga, @#^&%$*&>" ( pening sekejap kami).
Cikgu Rosli dah pesan apa2 hal 'give me a call...saya akan balik sekejap'. Jauh tu tempat usaha dakwah yang dia buat tuuu..lagi pun aku takut akan sekatan usaha2 atas jalan Allah ni. Aku berdoa dengan dugaan dan tidak menyekat usaha dakwah ini..Allah akan bantu kami..penduduk kampung Hujung Tambak. Malam semalam aku cakap dengan Ketua Kampung, Hj. Tukir..saya cubalah jadi Imam esok. Dia kata...mata kamu tu..?. Tak pa lah aku kata 'mudah2an Allah bantu kita semua'.
Teks khutbah ku baca di rumah..berdouble jugaklah tulisan..tulisan Jawi pulak tu. Aku cuba solat normal..yang penting sujud aku kena tahan sakit mata ni..memang sakit le!!. Berdebar hati nak pergi Jumaat tadi. Ya lah kita tak nak buat silap kalau boleh la. Hati jemaah kita kena jaga. Sejak sakit mata..ni lah baru aku jejak Rumah Allah. Kuasa Allah semua ini dan bantuanNya sudah pasti, semangat ku lain. Aku tak sangka air mata yang keluar beberapa hari lepas,,bagai terhenti  dan nikmat yang ku rindu selama ini..sujud yang lama terhadap Penciptaku dapat ku lakukan. Ketua Kampung tanya..baca boleh? Aku kata Insyaallah. Mengimamkan sembahyang? Aku kata insyaallah. Alhamdulillah segalanya tadi Allah telah permudahkan penduduk Kampung Hujung Tambak. Bersesuaian dengan tajuk khutbah 'Usaha dan Tawakal'.
Kesempatan kemudahan yang Allah bagi tadi bukan berbangga ya..tapi aku teringatkan keluarga dan rakan2 FB aku yang sentiasa mendoakan kesihatan ku agar aku cepat sembuh dari sakit mata ini..maka untuk mereka dapat aku doakan atas mimbar tadi 'mana2 rakan ku yang demam atau tidak sihat..moga Allah bantu dan jaga mereka'. Itu saja yang mampu ku bantu...:(.
Sesungguhnya nikmat Allah tidak terhenti di situ ...in fact tidak terkira nikmat Allah padaku. Kereta ku parking betul-betul bonet hampir kolam seperti dalam gambar, Masuk kereta aku pun start..ku capai 'handbrake'...alamak aku tak tarik la handbrake masa parking tadi. Ya Allah nikmatNya sekali lagi ku terima. Syukur kereta ku tak mengundur masa aku baca khutbah tadi..kalau ngundur maka aku risau hilang lah pahala Jumaat jemaah sebab semuanya mesti terkejut dan bersuara...:)...Terimakasih atas doa keluarga. rakan2 dan rakan2 FB selama ini...ALHAMDULILLAH

Hujung Tambak DiLimpahi Rahmat Kerana Hidupnya Rumah Ini

Masjid Jamek Sedia  Ada



Tapak Masjid Jamek Yang Baru

Masjid Jamek Hujung Tambak bakal berwajah baru dalam 2 @ 3 tahun lagi. Gambar atas merupakan masjid yang sekarang kami jemaah di sini gunakan. Agak lama dah masjid ni di bina. Namun ianya masih kelihatan kukuh ...kayu semua cari di hutan...potong sendiri dan segala2nya bina sendiri. Ini adalah hasil amal jariah penduduk asal kampung ini. Jadi segala aktiviti agama dijalankan di sini. Jika anda lihat depannya ada sebuah perigi yang luas untuk mereka dulu-dulu sebelum ada air paip untuk ambil air sembahyang. Tapi aku tak pernah lagi guna perigi tu untuk ambil air sembahyang..takut pulak..bukan apa tak pandai berenang..hihi.
Hari berganti hari..tahun berganti tahun..akhirnya kata sepakat di ambil untuk bina masjid baru..maklumlah kalau Hari Raya..tak muat nak menampung jumlah jemaah. Begitu jugak dengan solat Jumaat. Maka tapak baru telah diwakafkan oleh sebuah keluarga disini untuk didirikan masjid baru melalui bantuan daripada kerajaan. Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang sama-sama menyokong dan berusaha mendapatkan bantuan pembinaan masjid baru ini. Insyaallah masjid lama ini akan menjadi sejarah dan digunakan untuk aktiviti agama.
Namun bagi anda yang ada niat untuk beramal jariah sila lah datang ke kampung kami dan carilah Pengerusi Masjid atau Ketua Kampung Hujung Tambak untuk tujuan bekalan akhirat anda. Sedih tu terasa jugak sebab masjid lama nanti tidak digunakan untuk bersembahyang. Teringat semasa Kadi Ledang datang ziarah masjid lama ini..katanya "masjid2 lama ni malaikat suka"...ermmm. Apa pun masjid lama ke baru...tugas tetap aku kena jalankan seperti yang telah diamanahkan tapi hampir 2 minggu tidak bertugas...sakit mata yang teruk. Esok tak boleh elak..khutbah perlu dibaca kerana Jumaat..berkaca mata hitam lah esok aku menjalankan tugas..mudah-mudahan Allah permudahkan tugas ku...ameen. Aku merinduimu..Rumah Allah!!

Wednesday, December 7, 2011

GEMPAR: Guna Harimau Kawal Rumah Bukan Seekor Tapi 2 Ekor!!





Pasal Foto : Harimau vs Monyet

Hari ini breakfast roti canai garing di tepi Sg Kundang Ulu,,,favourite anak2..memang sedap..tapi tu la...sekeping tak cukup. So rumah kosong la hari ni. MIL pii rewang buat bubur lambuk..FIL ada taklimat di Tangkak berkenaan sumbangan kerajaan kepada yang layak RM500.00...wow..siapa layak? Kurang sikit bebenan anak nak beli barang sekolah.
Dulu kalau nak tinggalkan sidaian baju tanpa ada sesiapa kat rumah memang risau dan problem le jawabnya. Korang lihatlah monyet2 liar tu yg ada sekeliling rumah..itu sikit..dalam celah2 dedaun tu banyak lagi, Kalau tak da orang...wah pesta muda-mudi dibuatnya rumah kita orang sambil sempat meninggalkan kesan jejak dan bau, Memang penat!!!!. Kalau baju2 diampaian ni usah cerita..yang berkenan akan diambil,,bawak lari..senang cerita bagai ada kerja kahwinlah depa semua kena hadiri dalam kawanan dia orang sebab tu dia pinjam bawak lari baju2 sidaian..:).
Puas panggil Perhilitan..pasang perangkap @ jebak..tapi tak bawa kesan lah. Mereka dapat hidu semua tu.
Lama2 makin menjadi..kanak2 dan orang pompuan depa tak takut sebaliknya disergah balik,
Jadi aku dapat tahu dari seorang kawan..carilah Harimau...insyaallah tak kacau tak. HARIMAU???..Mana aku nak cari?? Dah la tu ia dilindungai..yang penting dah tentu dia nyanyi kalau nampak aku.."Memang makanan aku".
Dia kata harimau ni dilahirkan memang tak dibagi makan di Air Hitam Johor boleh dapat. Jadi aku pergilah cari. Mak ai!!!!banyaknya kat situ. Penjual dan penjaga tu kata..'Cari harimau jaga monyet ke? Eh ...tahu pulak tokeh ni. Rupa2nya dah ramai cari harimau yang berkebolehan ini. Seekor RM140.00...Dua..RM250. Hentaam ajerlah 2 ekor. Complete ada ngauman bunyi lagi tau. Itulah patung 2 ekor yang aku letak di luar dekat ngan rumah dan baju serta pokok buah-buahan,
Alhamdulillah...balik ajer aku terus kenalkan pada monyet2,,,Hahaha..tempiar lari semua...ooh takut rupanya. Tapi dah namanya monyet... datang balik,,,tapi itu lah keadaannya seperti di photo..takkan turun dan kacau lagi tapi mulut bising sangat,,,sambil melihat harimau aku yang dua ekor tu..yang tak pernah kenal erti penat dan lapor..itulah dia Patung Harimau buat jaga rumah. Ianya perlu dialih2kan sebab..monyet ni pandai,,dia leh tau itu harimau  dummy kalau diam setempat.
Syukur setakat ini kuranglah kerosakan harta benda dengan izin Allah. Meh la sini kampungku lihat Harimau secara percuma,,,:) Sekian dan :Pukul berapa datuk harimau??:

Tuesday, December 6, 2011

Tokeh Ikan Baung dan Udang Galah Hujung Tambak Yang Berjaya Dalam Hidup.






Gambar2 Suasana Perkahwinan Abang Mad dan Isteri

Photo-photo ini adalah atas permintaan penduduk kampung yang nampak lah aku ni gatal2 bawak kamera pada majlis ini pada hujung 21/11/2011 tak salah aku lah di kampungku Kampung Hujung Tambak Muar Johor. Perkahwinan antara Abang Mad dan isterinya yang disayangi. Perkahwimam ini berlangsung dengan begitu meriah sekali.
Abang Mad ni kalau di kampung... mana2 orang yang mengidam nak makan ikan sungai terutama baung ikan ubi atau bodoh dan udang galah ...carilah dia. Dia seorang yang sangat rajin. Keadaan diri tidak membuatkan dia ketinggalan dalam apa jua aktiviti atau pun mencari rezeki, Kalau di kampung kata malam ni kenduri rumah wak Monah (ibu bang Mad)...masing2 dah terbayang ikan 'bodoh' dan udang galah..hihi..biasalah manusia biasa..makan jugak yang terbayang.
Dalam sukan bang Mad ni minat badminton dan sememangnya dia teror dalam badminton. Setakat aku ni..sapunya aku...hihi. Pada majlis ni aku rewang jer la. Untuk pengetahuan u all...pengapit dia tu namanya Awit..11/12/2011 ni majlis perkahwinannya, Alhamdulillah suasana meriah, kompang dan rewang masih lagi dapat dikekalkan di kampung ini. Bagi pembaca2 wanita entry ini...lelaki2 yang ada di balik tirai makan berdamai atau beradab tu ramai yang bujang dan bertanggungjawab..:)). Sebenarnya mereka inilah anak2 muda yang menjadi sebahagian tulang belakang unta majlis2 perkahwinan di Hujung Tambak ini. Mereka juga berjaya mengekalkan adat rewang merewang ini...alhamdulillah. Kepada bang Mad dan Isteri TAHNIAH..juga kepada Awit Selamat Pantin Baru dari kami warga Hujung Tambak. Jumpa di lain masa di majlis2 yang lain pula..nak sembahyang maghrib dah ni

Sunday, December 4, 2011

Nikmat Mata Baru Ditarik Sikit Ajer..Maka Hargailah Mata Anda Bukan Mata Air Anda..:)

Keadaan kedua2 mataku serentak kena...It hurt

Dari kiri: Irfan, Azrai, Nayli, Lisa

Fakrul anak Hj Salleh- Pengapit Pengantin


Petang 3/12/2011 Gotonng Royong Angkat Khemah Depan Rumah Pak Mertuaku

Hari ni terasa betul kesakitan..tak selesa..samapi naik pening pun ada kesan dari wabak sakit mata ni. Lihatlah keadaan mataku...dah macam mata anak orang Korea Utara dah..:).. Pedihnya usah cerita..kejap2 berair...tisu dah dekat bergulung2. Namun tu la kan..kalau tak dibagi sakit macam ni..nak nyebut perkataan Allah rasanya leh kira..tapi sejak kena sakit ni..dah tak terkira perkataan Allah ku sebut. Ada hikmah untuk setiap musibah dan kebikan yang menimpa kita kan?! Mulanya wabak ni anak aku Irfan yang kena di asrama Tahfiz Prt Sawah ( gambar tu kat sekolah dia la). Bila dia dah senang..maknya and Nayli pulak kena..pas tu sekarang ni yang teruk aku lah..Lisa baru nak kena semalam..Azrai pulak lum ada tanda...minta dijauhi la. Menaip ni pun pakai spec hitam.
Punyalah teruk hari ni..cuti aku ke kedai siang tadi..teruk berair mata ni. So, wife dan anak2 saja lah yang pergi. Sepatutnya petang tadi ada rewang buka khemah depan rumah nak pasang di rumah Hj Salleh sebab anaknya Fakrul (dalam gambar nak ada majlis kahwin..11/12/2011. Dia ni sebelum kahwin..asyik ditugaskan jadi pengapit saja. Akhirnya alhamdulillah..kahwin jugak dia...:). Aku harap mata ni dah senanglah nanti pada tarikh 11/12 ni. Hj Salleh..bapanya baik dengan aku. Tambah pulak kami ni minat karipap sungguh!!!,,hihihi. Rewang tadi pun tak dapat tolong gara2 sakit mata ni..so jadilah ambil gambor saja.
So..malam tadi kesian pulak nak suruh wife and anak2 ajer yang ke kedai..nanti balik dah 11 lebih ..risau pulak..walaupun di offer tak yah pergi ke kedai. Sebenarnya banyak perkara tak selesa nak buat bila mata macam ni. Yang jelas..hari ni tak mampu sujud sepenuhnya sembahyang..sebab masa sujud..aduhh macam nak terkeluar biji mata ni...sakit sangat. Itulah saat merasakan betapa nikmat mata ini wajib dihargai dan ini baru ditarik sikit ajer..Doaku moga pembaca2 blog ini sihat dan dijauhi dari sakit mata ini..hargailah mata anda semua ya..!!



Saturday, December 3, 2011

Dsanacafe Hanya Berharap Pada Allah..Itulah Wajah Perniagaan Kami








Pasal Foto: Wajah-Wajah Perniagaan Dsanacafe dan Nayli Solat

Hari ini suka sangat sebab ramai kawan-kawan kampung bercuti hujung minggu..lepak kat Dsanacafe. Bukak2 kedai..terus ramai. Kelam kabut kami dibuatnya. Gambor atas tu adalah wajah-wajah perniagaan Dsanacafe siang dan malam. Dua tiga hari lepas..senyap sangat kedai kami..tetapi itulah perniagaan...ada kala boom!!..adakala bang!bang!.
Moga2 niat kami demi sunnah dan mengharap doa dari keluarga dan rakan2..perniagaan ini mampu mengharungi asam garam dalam berniaga. menu hari ni yang laju ..mee rebus and bubur nasi laut merah. Marilah datang cuba...jangan lalu ajer ya kawan-kawan...:). Dan bersyukur rakan2 kerja..Topek and Reo memang cekap..terimakasih ya.
Syukur atas pesanan abah aku.."kalau zi susah ..ada orang lain lagi susah"..buat aku punya kata2 semangat. kalau kedai aku kurang orang datang..ada lagi kedai yang orang lagi kurang tak datang daripada kedai aku. Alhamdulillah. Bila merasa diri ini kurang dan lemah..baru datangnya Sunnah coz sentiasa hendak perbaiki diri kata orang "tak cantik dan tak menarik..tetapi sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik dan menarik di sisi Allah..itu yang penting" dan isteri ku berkata tadi..harapan pada Allah untuk ramai pelanggan sememangnya ada..hari-hari...walau ketika senyap sunyinya kedai.
Wajah-wajah waktu malam tu...wajah penyokong Chelsea..yang mengharapkan kemenagan setelah beberapa game tumbang terutama tumbangnya kepada teamku Liverpool tempoh hari. Syabas lah malam ni menang ya Chelsea!!.
Moga doa si kecilku...Nayli..makbul agar Dsanacafe maju dan diberkati..terimakasih Nayli..:). Kawan2 kedatangan dan sokongan anda selama ini jutaan terimakasih kami ucapkan dan bagi yang belum sampai dan singgah ..sila lah datang cuba menu kami...steambot..roti kukus..mee rebus..laksa johor..bubur nasi laut merah dan insyaallah..sup kambing..:)..Jumpa di lain masa ya...mata ni berair la..entah bila la Allah nak bagi senang..BERDOA..:)

Friday, December 2, 2011

Yang Hidup Perlu Meneruskan Amanah Yang Allah Bagi













Isteri dan anak2ku suka sangat buat suprise untuk aku..biasalah kata dia orang.."untuk yang tersayang". Tepat jam 12.00am.02/12/2011..mereka just wish dan kata 'sory ya bah tak da apa2 hadiah..cuma inilah kad besar kami buat untuk abah'. Anak aku..Nayli..macam biasalah dia yang menerangkan segalanya atas kad tu dan soalan haru dia bagi.."abah suka tak..ni adik, kakak, abg Yai n mak buat (teringat aku akan Irfan di Prt. Sawah Tahfiz)..Dalam sedih akan pemergian arwah Nazri..menanggung sakit mataku {lihat gambar..kesiankan..:)}..bercampur perasaan terharu dengan usaha kasih sayang mereka..pujian "pandai anak2 abah dan abah sayang u all".
Rupa2nya suprise tak tamat di situ..sekali lagi bila sampai di kedai petang tadi...kejutan birthday kek untuk aku pulak..tergamam dan terharu sangat..datang dari dapur kedai..rakan2 kerja ku sekali..nyanyi birthday song..dah la macam artis sebab dalam kedai pakai spec hitam (untuk keselamatan orng lain..)...tengok2...alamak ada kek le..perisa favourite pulak tu..bluberry..perisa lain tak minat (memilih le pulak birthday boy ni..:D..). Apa lagi mampu aku katakan..Syukur pada Allah kerana nikmat yang dianugerahkan ini.
Saat aku makan kek ini, wajah Irfan bermain diingatanku..dan semestinya anak2 Allahyarham Nazri. Anak-anakku diberi nikmat oleh Allah untuk bersama aku. Aku hanya mampu berdoa moga Allah melindungi mereka. Dan wajah rakan2 yang mengenaliku tak tertinggal jugak. Kek tadi..dapatlah kami jamahkan pada beberapa pelanggan tetap Dsanacafe..first come, first serve...:). Pada ibubapaku terimakasih atas doa dan ucapan dan semestinya rakan-rakan Facebook ku ucapan setinggi terimakasih atas doa kalian.
Ya Allah semakin pendek rupanya umur yang Engkau pinjamkan untuk hambamu ini.