About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Friday, December 9, 2011

Ada Yang Menarik Di Kundang Ulu, Muar Yang Mungkin Anda Tak Tau!!??

Tepian Sg. Kundang Ulu

Roti Canai Pilihan Kami

Sebut saja Kundang Ulu sudah pastinya ia akan mengimbau kenangan ramai penduduk sekitar Mukim Gersik ini. Kenangan abadi menuntut ilmu dan cinta monyet ( sudahnya memang banyak monyet mukim kami...hihi), peralihan tingkat pendidikan dari rendah ke menengah..itulah Sekolah Menengah Tengku Temenggung Ahmad @ STTA. Sebuah Pekan Kecil tapi dikelilingi banyak kampung maka terbinalah STTA.
Pengakhiran perjalanan di pekan ini adalah sebatang sungai Muar. Dah sungai ni melalui pekan ini..aku panggilah Sg. Kundang Ulu 'dengan izin' sebab mungkin ianya diwartakan dengan nama lain. Sungai itu boleh dilihat di dalam photo dibelakang kami tu lah.
Dulunya tiada binaan kedai atau kawasan seperti ini. Masa zaman persekolahan akulah. Ianya kalau tak salah deretan rumah kampung Melayu dan Cina tetapi disebabkan berlakunya banjir sekitar tahun 2005..ramai yang pindah. Fuuhh kak ngah weii!! dalam bebenor kalau banjir...pendek kata siapa yang dok kat situ kata...'dah le tu jangan nak diimbau-imbau lagi...ngeri!!!'.
Dengan itu terbinalah..strukutur kawasan berkonsepkan taman riadah. Jadi sejak aku balik ke kampung dari Ipoh..style aku bersarapan..maksudnya kalau di warunglah kan..suka merayau carilah mana tau ada warung yang sedap2. So, masa datang di tepian sungai ni dangan family..nampaklah ada satu kedai ni jual roti canai dan lain-lain menu. Pembuat roti canai ni orang perempuan. Aku ni phobia sikit kalau pompuan pembuatnya sebab pengalaman...sory ya..kurang sedap..tapi mengenangkan jarak dari kampung lebih kurang 5 km drive..tak pe lah..dah rezeki aku untuk hari tu.
Ya Allah..kak long!!kak ngah!!..terkezut aku..sedapnya!!!!!. Rotinya garing nipis jer..kalau dimakan tanpa cicah kuah pun sedap!!!. Terus terang...1 tak cukup. Surihatiku dan anak2ku biasanya 2 keping..aku sekeping sebab ada kuih kegemaranku yang sedap di sini jugak...apa lagi kalau bukan karipap!! sedap intinya. So far 2 menu ni lah aku give a credit to makcik2 ni. Sorylah yang dapat aku ambil gambar itulah roti canainya..karipap lupa pulak. Tapi hari ni karipapnya macam orang lain yang letak la...yang biasa tu tak da..tapi ok la jugak tadi rasanya.
So..datanglah bersarapan di sini ( promosi ikhlas ni sebab tiada kaitan saudara pun,,,hihi). Pasti anak-anak suka sebab ada taman permainan sebelahnya tapi kena monitorlah ya sebab dekat ngan sungai. Pergi dalam pukul 8am-9am best. Kalau cuaca ok...matahari ada kan..nampak cantik view pancaran cahaya kena air sungai tu cuma tadi photo ni diambil guna handphone..tak menyerlah sangat hasilnya. Seberang sana tu ada sebuah kampung..Liang Batu namanya..so masih ada pengangkutan bot kecil untuk ke sini. Jadi anda juga boleh la kalau nak merasa naik bot tu..kalau tak silap 30 sen je tambangnya...murahkan!..:)). Oh ya bagi kaki pancing pulak...fuhh!! bang ngah!!...lubuk udang galah ni kalau musimnya..Silalah datang.
Untuk panduan anda : Kundang Ulu lebih kurang 5km dari Pekan Gersik...Selamat Menjamu Selera dan Memancing...:)

15 comments:

  1. pasti akan kami cuba..tapi sg ni memenag banyak udang galah

    ReplyDelete
  2. o ye ke, bla2 nk try juge la. coz slma ni cume mkn yg kat pokk beso 2 sblh mini market 2. ye le, bla dh sdp tang 2, situ je le g. x mndang k lain. he3. mkn kat situ gara2 wk keni le. he3

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. jangan lupakan saya ya geligagersik...:)

    ReplyDelete
  5. kak wa,,,cuba jgn tak cuba..tapi macam saya cakap..roti canainya..makan mcm tu ajer pun dah sedap!!!!

    ReplyDelete
  6. boleh la ajak abahnya pegi ngeteh.

    ReplyDelete
  7. anak2 dan menantu serta cucu saya memang minat sangat roti canai di sini ..cuma saya yang tak berkesempatan nak cuba lagi

    ReplyDelete
  8. mak cik ruby..ajak la saya sekali...haha

    ReplyDelete
  9. tn hj tukir..kerja2 juga tapi sarapan tu perlu ya lagi la roti canainya sodap ni..:))

    ReplyDelete
  10. dah cantik ea?..dah lama x ngala kundang..

    ReplyDelete
  11. cantik sangat macam taman KLCC tak sampai cam tu la Nor'aini= ijan..tapi ok sangat kalau nak dibandingkan dulu..:)

    ReplyDelete
  12. Terima kasih cik coz puji roti canai kami..huhu teruskan bersama roti kami hahaaha...

    ReplyDelete
  13. miss qierah..tkasih juga sudi membaca nukilan ikhlas ini. kekalkan rasa roti canai anda..semangat anda semua wanita di kedai ini amat saya kagum..tkasih sediakan roti canai yang sedap utk kami...:))

    ReplyDelete
  14. insyaAllah...ok..terima ksih skali lagi (*_*)

    ReplyDelete
  15. tahniah, sgt infomatif...semakin menarik pekan kundang ulu wpun agak senyak berbanding dulu...

    ReplyDelete