About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Monday, December 12, 2011

Keberuntungan Rahmat Allah di Kg Parit Sawah Kundang Ulu Muar


Kawasan Madrasah Tahfiz Al Fath Prt Sawah Kundang Ulu


Rumah Kawan Facebook Berhadapan Madrasah : Nadia Herman Shah


Kiri: Irfan (Yang Menuntut) Kanan : Azrai

Hampir 2 minggu kami tak menjengah Irfan sejak dia balik asrama selepas pulih dari sakit mata. Dia le yang mula2 kena..sudahnya sampai hari ni bapak dia tak senang2 sakitnya...sikit lagi dan sabar je la..:). So, semalam,11/12/2011 dapat lah aku bawa dia keluar tepat pukul 9 pagi. Aku ambil dia dengan Azrai..anak aku yang pemalu..'like father, like son'..:). Dalam kereta dia kata 'Irfan dah pindah kelas..kelas tahfiz'..syukur Alhamdulillah dah hampir setahun dia belajar di situ. Aku ni tak faham sangat akan teknik sekolah tahfiz ni dan kelas-kelas yang perlu diduduki. As long as dia kata dah pindah ke kelas tahfiz..ok n syukur ajer la. Yang penting tanggungjawab Allah bagi pada aku...aku dah jalankan.
So, seperti di foto inilah Madrasah Tahfiz Al Fath yang terletak di Kampung Parit Sawah, Kundang Ulu, Muar Johor. Dalam post sebelum ini aku menceritakan pasal Roti Canai Tepian Sg Kundang Ulu dan Sekolah Tengku Temenggong Ahmad dan kali ini..satu lagi anugerah nikmat untuk Kundang Ulu iaitu terdapatnya sebuah pusat tahfiz di sini dan yang lebih merasai nikmat Allah ini ialah orang-orang kampung Parit Sawah, Sebabnya hampir 24 jam kampung ini tidak sunyi dari nikmat dan rahmat bacaan ayat-ayat Allah dari pelajar2 di madrasah ini..:)..[ jealous..sebab kampung sendiri tak dapat2 lagi..:( ]. Lagi yang merasai nikmat ini ialah mereka yang tinggal di depan madrasah ( photo). Itulah rumah ibubapa kawan Facebook aku..Puan Nadia Herman Shah. Tahniah dan syukur ya puan..atas bukit lagi..dingin diri dan jiwa rasanya..:).
Pusat ini diuruskan oleh seorang ustaz yang baik budi pekertinya..Ustaz Halim. Dia ni selalu ke kampung aku bersama rakan2nya yang lain menyambung tugas-tugas Rasulluallah. Terimakasih ya Ustaz..sebab dengan meramaikan jemaah masjid Kampung Hujung Tambak..Allah janji akan limpahan rahmatNya atas kampung yang dikunjungi..:). Ia dibantu oleh beberapa orang ustaz yang mahir tahfiz. Dilengkapi dengan asrama, dewan makan dan surau serta pejabat..namun ianya masih memerlukan sumbangan dari mereka yang mahu beramal jariah..yang mahu menambah bekalan diakhirat nanti untuk keselesan mereka yang mengajar dan belajar. Untuk makluman pembaca..banyak permohonan diterima daripada ibubapa untuk anak2 mereka belajar dan menghafaz al Quran di sini tetapi terpaksa ditolak kerana asrama yang terhad begitu juga perbelanjaan2 yang lain. Bersyukur atas kesedaran kita orang Islam hari ini sebenarnya. Maka itu aku tidak setuju kalau orang katakan ibubapa hari ini kurang ambil berat akan agama dan pengajian al-Quran. TIDAK. Ramai yang mahu tetapi disebabkan madrasah2 ini terhad dari segi kewangan maka tak ramai boleh diterima permohonannya. Di sini aku sertakan alamat dan contact no bagi sesiapa yang mahu membuat sumbangan jariah dan terimakasih diucapkan atas sumbangan jika ada dari aku mewakili pihak ibubapa pelajar di sini.
MADRASAH TAFIZ ALFATH
Kg. Parit Sawah 84710 Kundang Ulu Ledang Johor
No tel: 069727397 @ 0133457763.


6 comments:

  1. selamat menghafaz...niatlah belajar ini semata2 kerana Allah...:)

    ReplyDelete
  2. mudah2an ilmu yang diperolehi dapat membantu masyarakat...t/kasih

    ReplyDelete
  3. tkasih Mr kitaro..ilmu yang diperolehi perlu disampaikan atau diajarkan demi Islam

    ReplyDelete