About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Tuesday, September 27, 2011

SIAPA ITU TAN CHIASENG???


 Dari atas: Irfan, Profil Tan Chiaseng, Azrai, Lisa & Nayli


Tanggal 28/09/2011, jam 1.15am, menjadi satu detik bermakna dalam hidupku yang tidak akan ku lupakan (sebab tu menukil dalam blog…aku hambaNya dgn sifat fitrah..manusia mudah lupa). Sambil melihat status kawan2 di facebook diiringi dengan dingin cuaca hujan renyai2 (rahmat)..aku selangi dengan membaca tafsir ayat2 al-Quraan. Status rakan2 facebook ada bernada ceria, kecewa, penuh persoalan pun ada, menanggung sakit pun ada dan yang penting ramai yang berstatus menyeru kepada jalan kebaikan.

Dalam membaca tafsir itu, terlintas dan teringat sewaktu menjemput Azrai di pusat tusyien pukul 9.45 malam (27/09/2011), aku ditemani corong suara ustaz di corong radio keretaku saluran IKIM Fm. Kata suara ustaz di radio, sabda Rasulluallah SAW  “Jika sesorang itu menyeru suatu kebaikan, maka ia akan memperolehi pahala orang  yang menyambut seruan itu sehingga hari kiamat, dan seseorang yang menyeru satu kejahatan, maka ia akan menanggung dosa orang yang melakukan kejahatan itu hingga hari kiamat “. Aku hendak pahala yang dijanjikan seperti kamu yang membaca nukilan ini..maka aku perlu menyampaikan atau mengingatkan sesuatu yang berfaedah.

Itulah rahmat Allah..ditunjukkan yang  Dia sudah tetapkan dan mudah-mudahan aku menyampaikan sesuatu kebaikan di facebook. Alhamdulillah ku kongsi sepotong ayat al Quraan {surah Adh DHUHAA ayat 4 : “dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan”}. Itulah ayat Allah..penuh ketenangan dalam jiwa ini. Maka ada  jugak status aku di facebook pada jam 1.15am 28/09/2011. Berstatus selama 4-5 minit, ada jugak yang membacanya melalui status aku sesorang klik ‘like’…ameen. Moga kebaikan akan dilakukan sepanjang hayat kamu berpandukan ayat al Quraan yang telah aku kongsi bersama. Amat mengejutkan aku!!..sepanjang aku menyampaikan hadis2 dan tafsir2 ayat Allah di facebook..buat pertama kalinya status seperti ini di ‘like’ oleh salah seorang rakan facebook aku beragama dan berbangsa lain…itulah dia Tan Chiaseng. Aku hanya mampu berserah diri pada Allah akan ketetapan ini. Namun doa aku moga ianya membawa satu kebaikan pada Islam terutamanya kawan facebook ku..Tan Chiaseng dalam kehidupan harmoni di Malaysia ini mungkin ingin mengenali Islam..kenalinya Tan Chiaseng!!. Sesungguhnya taufik dan hidayah itu milik Allah.

Di sini aku sertakan profile photo Tan Chiaseng  yang ada di FB nya. Dia ni baik orangnya dan dari penglihatan aku bersama aktiviti dia di facebook..dia punyai ramai kawan Melayu. Mungkin dia sebaya anak sulung aku Irfan..mengagak aje ni!. Nampaknya setakat ini dahulu nukilan ku..urat belikat ku sakit dari pagi tadi..salah tidur kata orang2 tua. Petua aku sendiri yang aku perasan..nak hilang rasa sakit ni..kena tidur..setidak-tidaknya tidurlah dengan betul…hihi. Untuk makluman semua..Nayli and Lisa sudah  pulih dari demam panas dan siang nanti dah boleh ‘school’…Insyaallah. Untuk Tan Chiaseng..terimakasih ‘like’ status saya.




Friday, September 23, 2011

MALAM NI KELAS USTAZ MOKHTAR, HUJUNG TAMBAK


 Dari atas: Ustaz Mokhtar, Lisa, Nayli, Azrai dan rumah En Yin


Hari ini, Nayli tampak agak pulih sedikit dari demamnya…tapi ujian kedua pulak datang!..tatkala Haniza mengemaskini FB nya ( sementara cuti meniaga ni…hihi), handphone (kesian..orang lain dah ipad..iphone…ici..hihi) bergetar, guru sekolah kebangsaan Gersik ( sekolah ku ketika main pondok2,  nyorok2, galah..best memang best) call..Allahhuakkbar…Lisa, anakku pulak demam. Biasalah tidor & main dengan Nayli..berebut-rebut la virus nak terpa dia…lagi la yang nak dihinggap tu Lisa..sihat dan mantop badannya..hihi. Kesian aku..hihi..lantaran syukur atas nikmat aku diuji lagi. Teringat aku akan kata-kata Ustaz Mokhtar (guru kelas agama setiap Jumaat malam Sabtu) semasa jemaah Kampung Hujung Tambak bermarhaban di rumahnya..”ini lah rumah saya dan jiran-jiran saya ( cina belaka), namun ini salah satu nikmat yang Allah bagi pada saya, jiran agama lain tapi cukup baik dengan saya”..sejak itulah aku memahami akan apa itu nikmat…memang tak terkira nikmat Allah pada kita.

Promosi sikit..malam ini kelas ustaz Mokhtar kembali seperti biasa ya warga Hujung Tambak. Kuih dan minuman disediakan..biasalah kontrak En. Yin.

En Yin ni usahawan IKS bab kuih-muih..macam2..tapi paling aku minat..donutnya…lembut ! lagi la kalau dapat selepas angkat dari kuali. Siapa berminat bagitau la ya. Donut ni kalau dapat Aleysha..memang licin dia makan. Dia tak ada di kampung ikut parentnya ke KL…taunya ke KL tidor hotel mandi kolam..dah namanya budak. Kalau dah macam Haniza melampau ler kan mintak tido hotel..tapi sekali sekala ok jugak..ehemm..ehemm. Haniza kenalah ikut marhaban petang tadi di rumah jemaah baru pindah ke kampung. Garang jugak rumah barunya..2 tingkat dan nampak eksklusif..rezeki Allah bagi lebih pada dia atas usaha dia..ameen. Dia tetap bersyukur atas rezeki..lantaran masjid tidak dilupa tanda syukur. Dah hamper 6.15ptg, cuaca agak selesa dengan menikmati angin yang ditiup oleh malaikat Allah. Kambing belakang rumah sedang menanti kelibat tuannya yang berjanggut jugak…hihi. Anak ku yang bermata ala2 Ridhuan Tee dah nak balik dari sekolah agama. Nikmat Allah bagi di negeri Johor..ada sekolah agama sebelah petang.. Jumpa lagi di lain masa.

Thursday, September 22, 2011

BALAI RAYA HUJUNG TAMBAK BERWAJAH BARU!..NAYLI DEMAM



 DARI ATAS: Balai Raya Kg Hujung Tambak, Nayli, Hj. Tukir, Aleysha, Haniza & Parent Aleysha

Melangkah keluar dari tandas, melaksanakan idea yang tercetus semasa dalam tandas..hihi. Isteriku memandangku dengan wajah tertanya2..kenapa wajahku berseri-seri. Wajah lega selepas merasai nikmat yang Allah bagi mestilah berseri-seri. Tiap kali keluar dari tandas…macam kejutan..kejutan dunia yang penuh cabaran dan tipu daya. Cabaran aku cari atau aku yang tercabar?. Aku ditipu atau aku kena menipu?…cukup merisaukan. Keyakinan pada Allah perlu tinggi kerana setiap saat keimanan ku akan diuji. Syukur kerana Allah itu MAHA segalanya. Anak bongsuku, Nayli  berumur 6 tahun, diberi sakit untuk merawat diri. Dipaksa menghadapi yang pahit untuk perolehi sihat sejahtera. Sabar ya Nayli, mahu yang baik telanlah yang pahit..demam dia. Yang kena banyak bersabar abah dan emak. Teruji dan tercabar..abah dan emak. Menenangkan diri dengan melihat anak buahku, Alesya,,anugerah hebat untuk kedua ibubapanya. Mana tidaknya, hari-hari bangun tidur kena memikirkan alasan untuk tidak ke pusat jagaan semata-mata hendak memenuhi kehendak hatinya, hati setiap kanak-kanak..kasih sayang mami dan ayah tiada tandingannya. Aku melihat keluar rumah…aduhaiii!!!..seorang lelaki berumur, lelaki yang penuh senyuman, kesabaran, tanggungjawab dan jika bertutur penuh makna tersirat dan pasti ada pengajaran yang hendak diberi dan yang penting dia tidak berprasangka buruk sesama manusia itulah rahsianya sebab dia aku hormati dan segani..dia yang ku maksudkan..ana punya Pak Mertualah..Hj Tukir bin Pawiro.
Balai Raya telah siap diubahsuai. Namanya pun Balai Raya…untuk diguna semua qariah Hujung Tambak termasuklah aktiviti  AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia)..semata-mata menyakitkan hati AASM (Along Along SeMalaysia). Tumpuan aktiviti ini sejak 3 minggu lepas di ruang anjung rumah Ketua Kampung ku merangkap Pak Mertuaku. Hari ini aktiviti itu ibarat ‘sirih pulang ke gagang’..di Balai Raya. Pahala dicari maka atas usaha sendiri tanpa menyusahkan dan mengharapkan orang lain termasuk menantunya sendiri (aku ke tu)..diangkat sedikit demi sedikit kerusi untuk kegunaan makcik2, janda2 dan warga emas ahli AIM..banyak tu!!. Haniza. Wanita yang manis senyumannya dan lembut hatinya memang membuat seorang jejaka menyayanginya dan hormatinya seadanya. Tanpa Haniza di sisi jejaka ini..pincang hidupnya..makin jauh jejaka ini dari Penciptanya. Wanita ini  dicipta untuk memberi  makna sebenar kepada jejaka ini akan tanggungjawab dan amanah  sebagai khalifah di muka bumi ini. Lahirlah Irfan, Azrai, Lisa dan Nayli. Syukur jejaka ini akan anugerah dan nikmat ini. Sifat wanita ini diwarisi daripada lelaki tua di luar rumah yang mencari pahala dan redha daripada Penciptanya. Kata nasihat dari seorang Professor dicorong radio berfrekuensi 89.5 (Johor) semalam masih segar dalam ingatannya. “Kalau kita mengeluh…”asyik-asyik kita yang buat” maka jawapan keluhan itu agak mendamaikan..”biarlah, dia tak buat tak dapat pahala”. Lantaran aku diingatkan olehnya, Alhamdulillah kami diberi petunjuk untuk mendapatkan pahala. Lontaran senyuman ubat gigi ‘Darlie’ kami perolehi dari Tok Ketua Kampung kerana membantu. Mudah-mudahan Maha Pencipta ambil kira amalan dan ibadah kami.
Cuaca mendung dari pagi. Nayli agak pulih sedikit kembali menonton kawan rapatnya berlakon ‘Upin dan Ipin’. Bagaikan Bapak Syaitan menenggek di alur kelopak mataku sekarang ini…mengantok!!!. Akan ku sambung nukilan ini. eh..ngantuk ye sayang,,..sian nyer sayang..luv u abg..(interframe…huhu)