About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Wednesday, November 30, 2011

Pengunjung Pertama Dari Melaka di Blog ini: Tokeh Mydin Ke?

Hotel Belakang Dataran Pahlawan

Taman Mini Malaysia

Replika Kapal Bandar Hilir

Diatas Replika Kapal Bandar Hilir

Eye On Malaysia

Hotel Abadi

Hotel Abadi (parking lot)

Masjid di MITC

Sekincan Ikan Bakar (depan Mydin)

Muzium TLDM

Mydin( bangunan yang berlampu tu la)

Assalamualaikum semua. Dah lama aku tak update blog aku ni. Syukur dengan ujian skit mata yang Allah bagi ni..ianya telah mengurangkan aktiviti luarku dan punyai masa untuk update blog ni. Pastinya 'dugaan yang Allah bagi itu ada kebaikan yang datang. Sakit mata ni Allah menyedarkan aku banyak perkara terutama 'jadilah seorang muslim atau hambaNya yang bertanggungjawab atas kesusahan dan kepayahan muslim atau muslimah yang lain". Sakit mata ni..anak lelakiku yang sulung, Irfan, yang kena dulu. Sepanjang dia kena tu..dia mengadu..sembahyang waktu sujud sakitnya..tapi aku macam tak ambil port jer..ya la..sembahyangkan kena lah bersabar..dia kata 'Irfan nak beli spec hitam lah abah, sakit kena cahaya"..pun aku macam tak hiraukan..bukan apa masa dia mintak tu..rezeki lum ada...lagi pun ada spec kat rumah ni tapi buruk sikit la. Lepas dia balik asrama di Parit Sawah, Kundang Ulu..maknya dan Nayli pulak kena. Fuhh maknya kena lagi teruk..cari balik spec lama ganti contact lense. Begitu jugak aku bagai tak ambil berat sangat akan kesakitan yang dialami. Maafkan abang ya sayang..dalam sakit dia masih mampu bantu aku dikedai. Terimakasih sayang. Sampai saatnya ketentuan Allah..ambik kau!...aku kena sakit mata pulak. Memang Allah itu Maha Adil dan Penyayang..bagai mahu aku perbaiki diri bahawa sedarlah akan tanggungjawab aku sebagai khalifah yang diamanahkan iaitu..murahkan lah hati dan akal aku untuk beribadah. Mengambil berat akan kesengsaraan orang lain itu satu ibadah. Aku lupa itu semua. Syukur aku akan sakit ini..ianya telah menyedarkan ku kembali akan tanggungjawab ku sesama umat. Maafkan aku ya keluarga dan rakan-rakanku. Terasa sangat akan nikmat dikurangkan ketika menyembah sujud Maha Penciptaku. Sakit sangat mata ni masa sujud. Kesian kat anak-anak aku yang mana negeri paling mereka suka pergi..Melaka. Dah kena wabak ni..tangguh dulu ya nak. Yang pasti Mydin Shopping Complex. Some more..Melaka banyak tempat boleh ronda. So, photo2 di atas semuanya di Melaka. Lagipun Melaka dekat dengan Muar. Best about Mydin ni..ada pengumuman masuk waktu solat. Tenang sangat kerana sentiasa diingatkan akan solat bila berada di Mydin. Lagi satu tempat kami suka pergi ialah Masjid di kawasan MITC tu. Bagai sinonim dengan keluargaku. Kenangan bulan puasa baru ni tersurat di masjid ni bagi keluargaku kerana dengan izin Allah tanpa kami rancang kami sekeluarga berqiamulail dan bersahur di Masjid ini. Inilah saat Indah dalam hidup kami sekeluarga. Kami anak beranak bertahjud, bersolat tasbih (tak pernah kami lakukan sebelum ini) sehinggalah bersahur. Gambar atas (anak perempuan ku bertudung dan telekung) adalah gambar dalam masjid tu. Sejak itu, kalau ke Melaka anak2ku akan mengajak solat di sana. Alhamdulillah atas nikmat ini. Imamnya pun muda2..macam aku..:)). Dan aku amat merindui saat itu. Moga Allah menyayangi kami dan anda semua seterusnya nikmat ini kita perolehi bersama. Moga kita akhirnya 'menarik' disisiNya. Ameen.
Hingga jumpa di lain masa..terimakasih kerana sedekah senyuman dari anda yang mengunjung blog aku ini.