About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Thursday, January 5, 2012

The Beauty Behind The Dirty..:)







Kata orang ' barang yang lepas jangan dikenang'..tapi bagi aku yang lepas itu melegakan..hihi. Dalam kehidupan aku..suka aku katakan..'barang yang terpakai jangan dibuang kerana mungkin ada yang bernilai'. Ini bab cari rezeki la kan. Dah lama aku tinggalkan aktiviti cari rezeki melalui jual barang terpakai. Sebelum ternak kambing yang disokong dan dibantu oleh seorang sahabat ku yang ingin membantu kehidupan keluargaku..beli dan jual barangan terpakai @ 'recycle' adalah sumber rezeki aku yang allah anugerahkan. namun sejak ternak kambing dan meniaga makanan ni..aktiviti tu aku tinggalkan.
Namun semalam 5/1/2012..rindu pulak nk buat aktiviti ni tambah pulak kambing tinggal sikit..bizness warung pun dalam diuji akan slownya..:). bagi aku selagi halal ..perlahan2 buat balik. Aku suka berpegang pada prinsip ana punya biras..En Nizam..'walau RM1.00 tapi dalam bentuk fizikalnya memang depan mata..dibandingkan RM1000.00 tapi masih on paper dan tiada kepastian lagi..so just grab the real value of RM1.00'. Bestkan ayat dia..:).
Seronok tau buat kerja ni..kumpul tin..botol..besi..tembaga. Nampak barang memang terbuang tapi ianya tetap ada value tersendiri. Kerja lasak n 'dirty' sikit but kepuasan dan halal itu yang penting..:). Ditambah aku ni bab merekacipta tak pandai tapi bab musnahkan..serahkanlah..haha. So kepada anda sebelum buang fikir dahulu..:).
Apapun sumber rezeki yang ku lakukan sekarang ini ada kepuasannya tersendiri. Aku cuba untuk menyahut seruan Baginda SAW iaitu..berniaga dan menternak. Aku cuba mencari rahsia akan apakah yang dimaksudkan seruan oleh Baginda Rasulluallah itu. Yang nyata aku faham setakat ini ialah SABAR. Menternak kena sabar. Lihatlah rumput 'nappier' yang kami tanam untuk kambing..bila dah gemuk pokok2 tu..mesin untuk hancurkan rumput tu pulak musnah terendam banjir. But it ok coz dapat bagi lah rumput2 tu pada rakan2 lain yang ada machine dan ada kambing. So sekarang angkut pelepah sawit naik kandang la bagi makanan depa..:)..kambing pun dah tinggal sikit..laratlah lagi naik pelepah..umur pun baru nak masuk 25..eh..salah ya..baru nak masuk 30..eh..kenapa salah lagi ke..hihi..tah berapa tah umur den ni..hahaha. Syukur ada antara kambing tu yang bunting..kalau ada rezeki menjawat balik la aku profesion aku sebagai Pak Bidan..hihi.
Yang penting kawan2..biarlah rezeki kita cari itu sentiasa Allah berkati..insyaallah dan moga anda dan saya sentiasa dalam jagaan Allah..:)..Ameen

No comments:

Post a Comment