Dari atas: Irfan, Profil Tan Chiaseng, Azrai, Lisa & Nayli
Tanggal 28/09/2011, jam 1.15am, menjadi satu detik bermakna dalam hidupku yang tidak akan ku lupakan (sebab tu menukil dalam blog…aku hambaNya dgn sifat fitrah..manusia mudah lupa). Sambil melihat status kawan2 di facebook diiringi dengan dingin cuaca hujan renyai2 (rahmat)..aku selangi dengan membaca tafsir ayat2 al-Quraan. Status rakan2 facebook ada bernada ceria, kecewa, penuh persoalan pun ada, menanggung sakit pun ada dan yang penting ramai yang berstatus menyeru kepada jalan kebaikan.
Dalam membaca tafsir itu, terlintas dan teringat sewaktu menjemput Azrai di pusat tusyien pukul 9.45 malam (27/09/2011), aku ditemani corong suara ustaz di corong radio keretaku saluran IKIM Fm. Kata suara ustaz di radio, sabda Rasulluallah SAW “Jika sesorang itu menyeru suatu kebaikan, maka ia akan memperolehi pahala orang yang menyambut seruan itu sehingga hari kiamat, dan seseorang yang menyeru satu kejahatan, maka ia akan menanggung dosa orang yang melakukan kejahatan itu hingga hari kiamat “. Aku hendak pahala yang dijanjikan seperti kamu yang membaca nukilan ini..maka aku perlu menyampaikan atau mengingatkan sesuatu yang berfaedah.
Itulah rahmat Allah..ditunjukkan yang Dia sudah tetapkan dan mudah-mudahan aku menyampaikan sesuatu kebaikan di facebook. Alhamdulillah ku kongsi sepotong ayat al Quraan {surah Adh DHUHAA ayat 4 : “dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan”}. Itulah ayat Allah..penuh ketenangan dalam jiwa ini. Maka ada jugak status aku di facebook pada jam 1.15am 28/09/2011. Berstatus selama 4-5 minit, ada jugak yang membacanya melalui status aku sesorang klik ‘like’…ameen. Moga kebaikan akan dilakukan sepanjang hayat kamu berpandukan ayat al Quraan yang telah aku kongsi bersama. Amat mengejutkan aku!!..sepanjang aku menyampaikan hadis2 dan tafsir2 ayat Allah di facebook..buat pertama kalinya status seperti ini di ‘like’ oleh salah seorang rakan facebook aku beragama dan berbangsa lain…itulah dia Tan Chiaseng. Aku hanya mampu berserah diri pada Allah akan ketetapan ini. Namun doa aku moga ianya membawa satu kebaikan pada Islam terutamanya kawan facebook ku..Tan Chiaseng dalam kehidupan harmoni di Malaysia ini mungkin ingin mengenali Islam..kenalinya Tan Chiaseng!!. Sesungguhnya taufik dan hidayah itu milik Allah.
Di sini aku sertakan profile photo Tan Chiaseng yang ada di FB nya. Dia ni baik orangnya dan dari penglihatan aku bersama aktiviti dia di facebook..dia punyai ramai kawan Melayu. Mungkin dia sebaya anak sulung aku Irfan..mengagak aje ni!. Nampaknya setakat ini dahulu nukilan ku..urat belikat ku sakit dari pagi tadi..salah tidur kata orang2 tua. Petua aku sendiri yang aku perasan..nak hilang rasa sakit ni..kena tidur..setidak-tidaknya tidurlah dengan betul…hihi. Untuk makluman semua..Nayli and Lisa sudah pulih dari demam panas dan siang nanti dah boleh ‘school’…Insyaallah. Untuk Tan Chiaseng..terimakasih ‘like’ status saya.