About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Thursday, September 22, 2011

BALAI RAYA HUJUNG TAMBAK BERWAJAH BARU!..NAYLI DEMAM



 DARI ATAS: Balai Raya Kg Hujung Tambak, Nayli, Hj. Tukir, Aleysha, Haniza & Parent Aleysha

Melangkah keluar dari tandas, melaksanakan idea yang tercetus semasa dalam tandas..hihi. Isteriku memandangku dengan wajah tertanya2..kenapa wajahku berseri-seri. Wajah lega selepas merasai nikmat yang Allah bagi mestilah berseri-seri. Tiap kali keluar dari tandas…macam kejutan..kejutan dunia yang penuh cabaran dan tipu daya. Cabaran aku cari atau aku yang tercabar?. Aku ditipu atau aku kena menipu?…cukup merisaukan. Keyakinan pada Allah perlu tinggi kerana setiap saat keimanan ku akan diuji. Syukur kerana Allah itu MAHA segalanya. Anak bongsuku, Nayli  berumur 6 tahun, diberi sakit untuk merawat diri. Dipaksa menghadapi yang pahit untuk perolehi sihat sejahtera. Sabar ya Nayli, mahu yang baik telanlah yang pahit..demam dia. Yang kena banyak bersabar abah dan emak. Teruji dan tercabar..abah dan emak. Menenangkan diri dengan melihat anak buahku, Alesya,,anugerah hebat untuk kedua ibubapanya. Mana tidaknya, hari-hari bangun tidur kena memikirkan alasan untuk tidak ke pusat jagaan semata-mata hendak memenuhi kehendak hatinya, hati setiap kanak-kanak..kasih sayang mami dan ayah tiada tandingannya. Aku melihat keluar rumah…aduhaiii!!!..seorang lelaki berumur, lelaki yang penuh senyuman, kesabaran, tanggungjawab dan jika bertutur penuh makna tersirat dan pasti ada pengajaran yang hendak diberi dan yang penting dia tidak berprasangka buruk sesama manusia itulah rahsianya sebab dia aku hormati dan segani..dia yang ku maksudkan..ana punya Pak Mertualah..Hj Tukir bin Pawiro.
Balai Raya telah siap diubahsuai. Namanya pun Balai Raya…untuk diguna semua qariah Hujung Tambak termasuklah aktiviti  AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia)..semata-mata menyakitkan hati AASM (Along Along SeMalaysia). Tumpuan aktiviti ini sejak 3 minggu lepas di ruang anjung rumah Ketua Kampung ku merangkap Pak Mertuaku. Hari ini aktiviti itu ibarat ‘sirih pulang ke gagang’..di Balai Raya. Pahala dicari maka atas usaha sendiri tanpa menyusahkan dan mengharapkan orang lain termasuk menantunya sendiri (aku ke tu)..diangkat sedikit demi sedikit kerusi untuk kegunaan makcik2, janda2 dan warga emas ahli AIM..banyak tu!!. Haniza. Wanita yang manis senyumannya dan lembut hatinya memang membuat seorang jejaka menyayanginya dan hormatinya seadanya. Tanpa Haniza di sisi jejaka ini..pincang hidupnya..makin jauh jejaka ini dari Penciptanya. Wanita ini  dicipta untuk memberi  makna sebenar kepada jejaka ini akan tanggungjawab dan amanah  sebagai khalifah di muka bumi ini. Lahirlah Irfan, Azrai, Lisa dan Nayli. Syukur jejaka ini akan anugerah dan nikmat ini. Sifat wanita ini diwarisi daripada lelaki tua di luar rumah yang mencari pahala dan redha daripada Penciptanya. Kata nasihat dari seorang Professor dicorong radio berfrekuensi 89.5 (Johor) semalam masih segar dalam ingatannya. “Kalau kita mengeluh…”asyik-asyik kita yang buat” maka jawapan keluhan itu agak mendamaikan..”biarlah, dia tak buat tak dapat pahala”. Lantaran aku diingatkan olehnya, Alhamdulillah kami diberi petunjuk untuk mendapatkan pahala. Lontaran senyuman ubat gigi ‘Darlie’ kami perolehi dari Tok Ketua Kampung kerana membantu. Mudah-mudahan Maha Pencipta ambil kira amalan dan ibadah kami.
Cuaca mendung dari pagi. Nayli agak pulih sedikit kembali menonton kawan rapatnya berlakon ‘Upin dan Ipin’. Bagaikan Bapak Syaitan menenggek di alur kelopak mataku sekarang ini…mengantok!!!. Akan ku sambung nukilan ini. eh..ngantuk ye sayang,,..sian nyer sayang..luv u abg..(interframe…huhu)

1 comment: