About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Friday, September 23, 2011

MALAM NI KELAS USTAZ MOKHTAR, HUJUNG TAMBAK


 Dari atas: Ustaz Mokhtar, Lisa, Nayli, Azrai dan rumah En Yin


Hari ini, Nayli tampak agak pulih sedikit dari demamnya…tapi ujian kedua pulak datang!..tatkala Haniza mengemaskini FB nya ( sementara cuti meniaga ni…hihi), handphone (kesian..orang lain dah ipad..iphone…ici..hihi) bergetar, guru sekolah kebangsaan Gersik ( sekolah ku ketika main pondok2,  nyorok2, galah..best memang best) call..Allahhuakkbar…Lisa, anakku pulak demam. Biasalah tidor & main dengan Nayli..berebut-rebut la virus nak terpa dia…lagi la yang nak dihinggap tu Lisa..sihat dan mantop badannya..hihi. Kesian aku..hihi..lantaran syukur atas nikmat aku diuji lagi. Teringat aku akan kata-kata Ustaz Mokhtar (guru kelas agama setiap Jumaat malam Sabtu) semasa jemaah Kampung Hujung Tambak bermarhaban di rumahnya..”ini lah rumah saya dan jiran-jiran saya ( cina belaka), namun ini salah satu nikmat yang Allah bagi pada saya, jiran agama lain tapi cukup baik dengan saya”..sejak itulah aku memahami akan apa itu nikmat…memang tak terkira nikmat Allah pada kita.

Promosi sikit..malam ini kelas ustaz Mokhtar kembali seperti biasa ya warga Hujung Tambak. Kuih dan minuman disediakan..biasalah kontrak En. Yin.

En Yin ni usahawan IKS bab kuih-muih..macam2..tapi paling aku minat..donutnya…lembut ! lagi la kalau dapat selepas angkat dari kuali. Siapa berminat bagitau la ya. Donut ni kalau dapat Aleysha..memang licin dia makan. Dia tak ada di kampung ikut parentnya ke KL…taunya ke KL tidor hotel mandi kolam..dah namanya budak. Kalau dah macam Haniza melampau ler kan mintak tido hotel..tapi sekali sekala ok jugak..ehemm..ehemm. Haniza kenalah ikut marhaban petang tadi di rumah jemaah baru pindah ke kampung. Garang jugak rumah barunya..2 tingkat dan nampak eksklusif..rezeki Allah bagi lebih pada dia atas usaha dia..ameen. Dia tetap bersyukur atas rezeki..lantaran masjid tidak dilupa tanda syukur. Dah hamper 6.15ptg, cuaca agak selesa dengan menikmati angin yang ditiup oleh malaikat Allah. Kambing belakang rumah sedang menanti kelibat tuannya yang berjanggut jugak…hihi. Anak ku yang bermata ala2 Ridhuan Tee dah nak balik dari sekolah agama. Nikmat Allah bagi di negeri Johor..ada sekolah agama sebelah petang.. Jumpa lagi di lain masa.

1 comment:

  1. dah lama tak muhasabah diri..memang bagus kalau dapat hadir sama-sama kelas agama

    ReplyDelete