About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Saturday, December 3, 2011

Dsanacafe Hanya Berharap Pada Allah..Itulah Wajah Perniagaan Kami








Pasal Foto: Wajah-Wajah Perniagaan Dsanacafe dan Nayli Solat

Hari ini suka sangat sebab ramai kawan-kawan kampung bercuti hujung minggu..lepak kat Dsanacafe. Bukak2 kedai..terus ramai. Kelam kabut kami dibuatnya. Gambor atas tu adalah wajah-wajah perniagaan Dsanacafe siang dan malam. Dua tiga hari lepas..senyap sangat kedai kami..tetapi itulah perniagaan...ada kala boom!!..adakala bang!bang!.
Moga2 niat kami demi sunnah dan mengharap doa dari keluarga dan rakan2..perniagaan ini mampu mengharungi asam garam dalam berniaga. menu hari ni yang laju ..mee rebus and bubur nasi laut merah. Marilah datang cuba...jangan lalu ajer ya kawan-kawan...:). Dan bersyukur rakan2 kerja..Topek and Reo memang cekap..terimakasih ya.
Syukur atas pesanan abah aku.."kalau zi susah ..ada orang lain lagi susah"..buat aku punya kata2 semangat. kalau kedai aku kurang orang datang..ada lagi kedai yang orang lagi kurang tak datang daripada kedai aku. Alhamdulillah. Bila merasa diri ini kurang dan lemah..baru datangnya Sunnah coz sentiasa hendak perbaiki diri kata orang "tak cantik dan tak menarik..tetapi sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik dan menarik di sisi Allah..itu yang penting" dan isteri ku berkata tadi..harapan pada Allah untuk ramai pelanggan sememangnya ada..hari-hari...walau ketika senyap sunyinya kedai.
Wajah-wajah waktu malam tu...wajah penyokong Chelsea..yang mengharapkan kemenagan setelah beberapa game tumbang terutama tumbangnya kepada teamku Liverpool tempoh hari. Syabas lah malam ni menang ya Chelsea!!.
Moga doa si kecilku...Nayli..makbul agar Dsanacafe maju dan diberkati..terimakasih Nayli..:). Kawan2 kedatangan dan sokongan anda selama ini jutaan terimakasih kami ucapkan dan bagi yang belum sampai dan singgah ..sila lah datang cuba menu kami...steambot..roti kukus..mee rebus..laksa johor..bubur nasi laut merah dan insyaallah..sup kambing..:)..Jumpa di lain masa ya...mata ni berair la..entah bila la Allah nak bagi senang..BERDOA..:)

8 comments:

  1. alhamdulillah, syukur sgt..insyallah berkat kesabaran kita dan sentiasa berdoa padaNYA...

    ReplyDelete
  2. jalan-jalan cari makan.. jom singgah ke blog saya. tq

    ReplyDelete
  3. haily fazlyza..senang2 jom la jalan kat gersik leh makan2 kat dsana cafe..

    ReplyDelete
  4. sedapnya menghirup nescafe ice 'kaw' di 'dsana cafe' :) diselang pula nikmat tak terhingga roti kukus 'kaw'..dan pula lazat nye set steamboat dgn kehijauan broccoli di samping berjenis2 'ball' (fish ball, chicken ball, etc)..singgah jgn tak singgah!

    ReplyDelete
  5. haily...ameen dan saya sudah pun ikut blog anda..:)...kitaro tu la

    ReplyDelete
  6. aliefalesha...promosi nii kena belanje awak lain kali kalau awak dtg ya...:)...sirap ais ok tak kita lanje???...hihi

    ReplyDelete