About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Thursday, December 8, 2011

Terimakasih Atas Doa Penduduk, Keluarga dan Rakan2 Facebook...:)

Kereta sekadar keperluan aku dan keluarga
Di depan kolam ni lah kereta ku parking Jumaat tadi

Alhamdulillah..syukur aku pada Allah kerana penyusunan jadual hidupku hari ini dan semestinya sejak aku dilahirkan Allah Penciptaku..cukup indah penyusunanNya untuk diriku ini. Semalam kampung kami diuji untuk mencari pengganti Imam Jumaat. Rakan setugasku, Cikgu Rosli telah keluar kampung meneruskan usaha-usaha dakwah yang ditinggalkan oleh Rasulallah. En. Nizam perlu melaksanakan tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan dan aku...:(...sakit mata yang terus-terusan.
Isimewanya kampung kami ialah semangat kerjasama qariah yang ada. Maka qariah telah bercadang untuk meminta tolong Mantan Imam, Cikgu Isa membantu. Tanpa di sangka-sangka..mantan imam ada hal di luar kampung juga, @#^&%$*&>" ( pening sekejap kami).
Cikgu Rosli dah pesan apa2 hal 'give me a call...saya akan balik sekejap'. Jauh tu tempat usaha dakwah yang dia buat tuuu..lagi pun aku takut akan sekatan usaha2 atas jalan Allah ni. Aku berdoa dengan dugaan dan tidak menyekat usaha dakwah ini..Allah akan bantu kami..penduduk kampung Hujung Tambak. Malam semalam aku cakap dengan Ketua Kampung, Hj. Tukir..saya cubalah jadi Imam esok. Dia kata...mata kamu tu..?. Tak pa lah aku kata 'mudah2an Allah bantu kita semua'.
Teks khutbah ku baca di rumah..berdouble jugaklah tulisan..tulisan Jawi pulak tu. Aku cuba solat normal..yang penting sujud aku kena tahan sakit mata ni..memang sakit le!!. Berdebar hati nak pergi Jumaat tadi. Ya lah kita tak nak buat silap kalau boleh la. Hati jemaah kita kena jaga. Sejak sakit mata..ni lah baru aku jejak Rumah Allah. Kuasa Allah semua ini dan bantuanNya sudah pasti, semangat ku lain. Aku tak sangka air mata yang keluar beberapa hari lepas,,bagai terhenti  dan nikmat yang ku rindu selama ini..sujud yang lama terhadap Penciptaku dapat ku lakukan. Ketua Kampung tanya..baca boleh? Aku kata Insyaallah. Mengimamkan sembahyang? Aku kata insyaallah. Alhamdulillah segalanya tadi Allah telah permudahkan penduduk Kampung Hujung Tambak. Bersesuaian dengan tajuk khutbah 'Usaha dan Tawakal'.
Kesempatan kemudahan yang Allah bagi tadi bukan berbangga ya..tapi aku teringatkan keluarga dan rakan2 FB aku yang sentiasa mendoakan kesihatan ku agar aku cepat sembuh dari sakit mata ini..maka untuk mereka dapat aku doakan atas mimbar tadi 'mana2 rakan ku yang demam atau tidak sihat..moga Allah bantu dan jaga mereka'. Itu saja yang mampu ku bantu...:(.
Sesungguhnya nikmat Allah tidak terhenti di situ ...in fact tidak terkira nikmat Allah padaku. Kereta ku parking betul-betul bonet hampir kolam seperti dalam gambar, Masuk kereta aku pun start..ku capai 'handbrake'...alamak aku tak tarik la handbrake masa parking tadi. Ya Allah nikmatNya sekali lagi ku terima. Syukur kereta ku tak mengundur masa aku baca khutbah tadi..kalau ngundur maka aku risau hilang lah pahala Jumaat jemaah sebab semuanya mesti terkejut dan bersuara...:)...Terimakasih atas doa keluarga. rakan2 dan rakan2 FB selama ini...ALHAMDULILLAH

4 comments:

  1. yg pasti en nizam lg bnyk brdoa tuk en zihan.....he4. ap2 pn alhmdllh. nsib kete ok, klu x mau kluo inspira ke..........

    ReplyDelete
  2. kak wa...tkasih atas doa en Nizam yang memang saya harapkan...:)...rasanya kluo kan kete yg sedia ada dr dlm kolam dulu la buat masa ni...hahaha

    ReplyDelete
  3. dalam menjalankan tugas..pastikan diri anda sentiasa disenangi oleh jemaah @ qariah ya..itu penting

    ReplyDelete
  4. sememangnya dugaan cukup hebat dari Allah..namun insyaallah pesan mk ruby akan saya ingat...:)

    ReplyDelete