About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Wednesday, December 7, 2011

GEMPAR: Guna Harimau Kawal Rumah Bukan Seekor Tapi 2 Ekor!!





Pasal Foto : Harimau vs Monyet

Hari ini breakfast roti canai garing di tepi Sg Kundang Ulu,,,favourite anak2..memang sedap..tapi tu la...sekeping tak cukup. So rumah kosong la hari ni. MIL pii rewang buat bubur lambuk..FIL ada taklimat di Tangkak berkenaan sumbangan kerajaan kepada yang layak RM500.00...wow..siapa layak? Kurang sikit bebenan anak nak beli barang sekolah.
Dulu kalau nak tinggalkan sidaian baju tanpa ada sesiapa kat rumah memang risau dan problem le jawabnya. Korang lihatlah monyet2 liar tu yg ada sekeliling rumah..itu sikit..dalam celah2 dedaun tu banyak lagi, Kalau tak da orang...wah pesta muda-mudi dibuatnya rumah kita orang sambil sempat meninggalkan kesan jejak dan bau, Memang penat!!!!. Kalau baju2 diampaian ni usah cerita..yang berkenan akan diambil,,bawak lari..senang cerita bagai ada kerja kahwinlah depa semua kena hadiri dalam kawanan dia orang sebab tu dia pinjam bawak lari baju2 sidaian..:).
Puas panggil Perhilitan..pasang perangkap @ jebak..tapi tak bawa kesan lah. Mereka dapat hidu semua tu.
Lama2 makin menjadi..kanak2 dan orang pompuan depa tak takut sebaliknya disergah balik,
Jadi aku dapat tahu dari seorang kawan..carilah Harimau...insyaallah tak kacau tak. HARIMAU???..Mana aku nak cari?? Dah la tu ia dilindungai..yang penting dah tentu dia nyanyi kalau nampak aku.."Memang makanan aku".
Dia kata harimau ni dilahirkan memang tak dibagi makan di Air Hitam Johor boleh dapat. Jadi aku pergilah cari. Mak ai!!!!banyaknya kat situ. Penjual dan penjaga tu kata..'Cari harimau jaga monyet ke? Eh ...tahu pulak tokeh ni. Rupa2nya dah ramai cari harimau yang berkebolehan ini. Seekor RM140.00...Dua..RM250. Hentaam ajerlah 2 ekor. Complete ada ngauman bunyi lagi tau. Itulah patung 2 ekor yang aku letak di luar dekat ngan rumah dan baju serta pokok buah-buahan,
Alhamdulillah...balik ajer aku terus kenalkan pada monyet2,,,Hahaha..tempiar lari semua...ooh takut rupanya. Tapi dah namanya monyet... datang balik,,,tapi itu lah keadaannya seperti di photo..takkan turun dan kacau lagi tapi mulut bising sangat,,,sambil melihat harimau aku yang dua ekor tu..yang tak pernah kenal erti penat dan lapor..itulah dia Patung Harimau buat jaga rumah. Ianya perlu dialih2kan sebab..monyet ni pandai,,dia leh tau itu harimau  dummy kalau diam setempat.
Syukur setakat ini kuranglah kerosakan harta benda dengan izin Allah. Meh la sini kampungku lihat Harimau secara percuma,,,:) Sekian dan :Pukul berapa datuk harimau??:

No comments:

Post a Comment