About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Thursday, December 1, 2011

Hari Lahirku Esok Mengiringi Pemergianmu Allahyarham Nazri..Rakan Sebayaku.

Allahyarham Nazri : Baju Biru bersama adik bongsu beliau

Masjid Jamek Hujung Tambak

Biar Tersenyum Namun Hati Allah yang Tahu

Menjangkau usia ku ke angka 40 pada 2/12/2011..aku dikejutkan dengan berita sedih yang amat tidak ku sangka. Rakanku sejak kecil dan juga jiranku selama ini..Allahyarham Nazri Samin telah pun pergi buat selama2nya menemui Pencipta kita semua. Post sebelum ini pernah aku ceritakan aktiviti arwah serba sedikit antaranya Industri IKS yang diceburinya. Donutnya menjadi kegemaran seisi keluargaku dan juga orang kampung Hujung Tambak dan sekeliling. Percayalah..memang lembut donutnya. Dan latest resipi barunya yang mendapat sambutan ialah karipap putarnya. Sedap intinya. Bukan nak cakaplahkan..aku ni bukan penggemar donut tapi hasil tangan arwah buat aku boleh makan donut. Begitu jugak dengan karipap..aku cerewet pasal inti. First time dia try buat..dia tanya aku.."amacam zi ok tak..aku tau ko suka karipap" (tak tahan aku menaip ni..berjurai air mataku). Aku terus terang pada arwah "Yin tak sampai lagi rasa yang sepatutnya"..dia terus perbaiki dan hingga akhirnya tempahan karipapnya merata. Dia seorang yang rajin dan aku bersyukur sangat kerana dia tak kedekut kalau orang beli kuih pasti dia bagi lebih. Katanya..kuih aku bagi tak bawak ke manapun aku kat dunia ni. Pelajaran dia tak setinggi mana pun, tapi berkat sunnah yang diikuti iaitu berniaga dengan sabar..dia berjaya punyai rumah sendiri siap aircond lagi..hasil jualan kuih. Dia pernah sambil2 menoreh tapi getahnya dicuri tapi dia tak mengeluh sebaliknya dia kata pada aku "itu bukan rezeki aku Zi..cukup kuat keyakinannya pada ketentuan Allah. Bulan puasa baru ni..aku tak sangka bila ku ingat semula..banyak tempahan aku ambil dari dia pasal aku berniat sangat nak bantu dia begitu juga minggu lepas tempahan karipap orang pesan melalui aku untuk kerja kahwin pun ada. Masih aku ingat aku tahan dia naik motor nak bayo duit karipap dua minggu lepas. "Yin ini duit karipap makcik aku..dia kata ' Zi aku nak beli ubat demam..sejuk badan aku'..aku kata "pi lah klinik Yin jumpa doktor..dia kata "tak pa dulu la".
Yang aku kesal sampai hari ini bulan lepas dia tanya aku 'Zi aku cari blog ko tak jumpa..aku nak tengok?"..Aku kata alamak Yin bunyinya "shestepsintoo"..kemudian minggu berikutnya dia tanya lagi apa namanya Zi..masa tu la pulak pen tak ada..sampai dia 'pergi' dia tak dapat tengok blog aku. Sebab aku pernah berjanji pada dia (maafkan aku..basah pipi aku ni)..'Yin kalau aku ada blog nanti aku nak tolong pasarkan kuih kau"...gembira sangat dia tapi maafkan aku Yin tidak kesampaian cita2 kita. Aku kesian pada anak2 arwah yang masih kecil yang masih mengharapkan belaian manja dari seorang ayah..namun aku yakin pada Allah..Allah Lebih Mengetahui KerjaNya. Insyaallah arwah akan disembahyangkan di Masjid Jamek Hujung Tambak. Memang kamu ditakdirkan tak dapat merasa masjid baru Yin. Dan Yin, maafkan aku kerana tidak dapat mengimamkan jenazah kamu wahai rakan ku esok sebab kesihatan ku tidak mengizinkan namun percayalah dihatiku ini aku nak sangat mengimamkan solat jenazah kamu esok hari kerana itu adalah tugasku selama dikampung ini apatah lagi kau adalah rakan sejak kecil lagi. Aku akan merindui kelibat mu setiap malam belajar menghantar kuih dan teh 'o' dan aku akan merindui selepas makan kuih karipap kamu di masjid selepas belajar iaitu aku tak lupa ucapan dari mulutku..'terimakasih Yin buat kan kuih kerana aku tahu dia pasti buat lebih keran yang lebih itulah persembahan kamu dihadapan Allah nanti wahai Allahyarham Nazri. Moga dirimu diampuni dosa dan ditempatkan dalam golongan yang beriman...ameen.

6 comments:

  1. semoga keluarga Allahyarham Nazri tabah dan sabar menghadapi ujian ini

    ReplyDelete
  2. rindu ngan karipap n donut..huhuhu....

    ReplyDelete
  3. 'Kehilangan'nya amat dirasai oleh kita semua...Al-fatihah..semoga roh arwah Nazri ditempatkan di kalangan org2 yg beriman, amin..

    ReplyDelete
  4. zihaniza...anak2 saya suka donut...saya suka karipap arwah buat...:((

    ReplyDelete
  5. aliefalesha..anak2 kecil pastinya akan merindui kelibat donut Allahyarham...:((

    ReplyDelete