About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Thursday, December 8, 2011

Hujung Tambak DiLimpahi Rahmat Kerana Hidupnya Rumah Ini

Masjid Jamek Sedia  Ada



Tapak Masjid Jamek Yang Baru

Masjid Jamek Hujung Tambak bakal berwajah baru dalam 2 @ 3 tahun lagi. Gambar atas merupakan masjid yang sekarang kami jemaah di sini gunakan. Agak lama dah masjid ni di bina. Namun ianya masih kelihatan kukuh ...kayu semua cari di hutan...potong sendiri dan segala2nya bina sendiri. Ini adalah hasil amal jariah penduduk asal kampung ini. Jadi segala aktiviti agama dijalankan di sini. Jika anda lihat depannya ada sebuah perigi yang luas untuk mereka dulu-dulu sebelum ada air paip untuk ambil air sembahyang. Tapi aku tak pernah lagi guna perigi tu untuk ambil air sembahyang..takut pulak..bukan apa tak pandai berenang..hihi.
Hari berganti hari..tahun berganti tahun..akhirnya kata sepakat di ambil untuk bina masjid baru..maklumlah kalau Hari Raya..tak muat nak menampung jumlah jemaah. Begitu jugak dengan solat Jumaat. Maka tapak baru telah diwakafkan oleh sebuah keluarga disini untuk didirikan masjid baru melalui bantuan daripada kerajaan. Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang sama-sama menyokong dan berusaha mendapatkan bantuan pembinaan masjid baru ini. Insyaallah masjid lama ini akan menjadi sejarah dan digunakan untuk aktiviti agama.
Namun bagi anda yang ada niat untuk beramal jariah sila lah datang ke kampung kami dan carilah Pengerusi Masjid atau Ketua Kampung Hujung Tambak untuk tujuan bekalan akhirat anda. Sedih tu terasa jugak sebab masjid lama nanti tidak digunakan untuk bersembahyang. Teringat semasa Kadi Ledang datang ziarah masjid lama ini..katanya "masjid2 lama ni malaikat suka"...ermmm. Apa pun masjid lama ke baru...tugas tetap aku kena jalankan seperti yang telah diamanahkan tapi hampir 2 minggu tidak bertugas...sakit mata yang teruk. Esok tak boleh elak..khutbah perlu dibaca kerana Jumaat..berkaca mata hitam lah esok aku menjalankan tugas..mudah-mudahan Allah permudahkan tugas ku...ameen. Aku merinduimu..Rumah Allah!!

2 comments:

  1. semoga masjid baru akan meningkatkan lagi jumlah jemaah yang berjemaah di masjid...insyaallah

    ReplyDelete
  2. Insyaallah mak ruby..itulaha harapan dan doa kami...:)

    ReplyDelete