About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Monday, December 19, 2011

Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad- Ada Apa Dengan Kamu?!!



STTA Masa Kini

Sebahagian Guru2 STTA..: Bekas Guruku Cikgu Mariam & Cikgu Rohani


Tidak Menyangka Sepupu Surihatiku Cikgu Nabilah Pernah Mengajar di STTA
Secara Kebetulan Kenal di Facebook Bekas Guru STTA : Pida Daisy

Sudah beberapa hari aku tak update blog ni. Suasana hujan 3 hari tak berhenti betul2 tidak memanaskan minda untuk berblog. 2 hari lepas dalam cuaca hujan ni..roti canai yang aku ceritakan di blog ini bagai melambai2 garing perutku ini..di Tepian Sg Kundang Ulu tu le. Elok jugak berdesup ke sana, boleh 'pantau' Sg Kundang Ulu penuh ke tak airnya..fuhh memang merisaukan le be!!. Dalam perjalanan pulang..pastinya lalu di sekolah menengah pertamaku..Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad. Kenangan lalu menggamit kembali le. Teringat aku akan classmate dan guru2 ku. Guru-guru yang masih ada dan yang telah pergi dahulu menghadap Ilahi. Sekolah STTA banyak dah berubah. Bangunan sekolah dah bertambah dan makin tinggi tu!!.
Kenangan alam persekolahan cukup banyak di sini. Yang penting pengalaman aku semestinya..bergaul dan belajor sekali dengan kaum2 lain. Mak ai..pertama kali..nak gaduh ajer. Tak kira lah ..dalam bas ke..dalam kelas ke..dalam toilet ke..pantang jumpa..prasangka buruk ajer. Herannya ngan lelaki jer..pompuan tak le pulak..:)). Gitu le fitrah manusia ye..hihi. Tapi lama-lama jadi teman pulak..mesra lagi ko!!. Yang best classmate bangsa Cina ni leh cover kita Melayu ni kalau nak mula gaduh. Siap sound bangsa diaorang dari kelas lain,,jangan lo..ini budak kampung wa!!..best tul!!. Yang menarik..akhirnya semua menjadi baik. Caya la STTA. Amoi2 usah cerita..baik sesangat. Sampai aku sakit pun datang rumah..:))..bukan famous pun aku ni..hihi. Ingat lagi namanya..Keng Huey, Eng Soon & Mee Ching. Tapi yang rasa sakit terus sihat..Keng Huey le datang..ermm. Bukan nk kata le..memang lawo..dgn lesung pipitnya..mata coklatnya...aduhai..hikhik. Zaman sekolah be..:)).
Cikgu2 aku tak dapat cari banyak gambar le. Yang ada ni pun ada member FB tag kan. Cikgu Mariam dan Cikgu Rohani pernah mengajarku. Cikgu Rohani..matematik..Cikgu Mariam..agama islam. Cikgu Rohani mukanya memang garang..tapi sebenarnya dia friendly dan suka kalu tengok dia senyum. Orang muka garang ni kalau senyum..kalah gula manisnya. Suami Cikgu Mariam telah pun meninggal dunia 2 3 bulan lepas..Allahyarham Cikgu Salleh..juga bekas guru aku. Ingat lagi dia mengajor sambil bergurau.."Tahu Agong?"..Kami tunjukkan lah dalam buku dan photo yang tergantung dalam kelas. 'Bukan itu bukan Agong'..kata arwah. Terkebil2 kami dibuatnya..alamak!! bisa kena tampor ni!!. Lepas tu dia kuarkan duit RM10.00 dari walletnya.."Hah ini Agong..tak de Agong ni usah harap le kamu"..Memang betul kuar dalam SRP (PMR)..tahun tu!!..hihi tak de lah.
Aku sampai form 3 je di STTA sebab dulu kalau dapat aliran sains kena sekolah di Bukit Gambir. Masa jawab SRP..siap cakap dalam hati..nak buat betul2 ke tidak..kalau bagus kena pindah Bkt Gambir..kalau tak ..stay..??!! Ya la nama pun budak sekolah. Sebabnya bukan apa..Keng Huey le!!..hahaha. Tapi kalau dia buat bagus..aku lak terpelongong nanti kat sini..hahaha. So alhamdulillah..memang kena pindah Bukit Gambir. Keng Huey aku jumpa..tapi aku tak sanggup tanya le be!!!!..ku biarkan keputusan dia pindah ke tak pindah 'hang' cam tu ajer..hahaha. Kami bukan couple ya be!!..tapi dia memang baik ngan aku be!!. Dah le baik..memang lawo be!!!.
So, bila dah umur cam ni..jumpa lah cikgu2 aku di luar sana..terharu tau..bayangkan..beratus murid dia orang ni tapi kalau jumpa mesti ingat nama kita betul tak?? Besar jasa dia orang. Kalau aku nak cerita seorang demi seorang guru..tak muat blog aku ni. Dan alhamdulillah semenjak ada FB ni ramai kawan yang sebaya dan muda daripada aku merupakan pelajar dan bekas pelajar STTA. Pastinya korang pun punya kenangan tersendiri kan?. Tidak menyangka di FB kenal seseorang ..pompuan..rupanya pernah mengajar di STTA..itulah Cikgu Pida Daisy. Cikgu ni pandai nyanyi..suara pun sedap..orang Sabah le katakan...memang sedap kalu nyanyi. Photo tu pun rasanya dia ambil di Sawah Ring. Kalau cikgu terbaca blog ni..saya nak minta maaf dan terimakasih kerana meminjam photo cikgu ni dan muatkan dalam blog saya. Untuk tatapan anak murid cikgu..:). Dan ada jugak saudara yang mengajar di STTA..Cikgu Nabila dan Headmaster Cikgu Suradi. Apa pun STTA tetap membawa seribu kenangan kepada kami ini..bekas2 pelajar di sana dan jasa guru2 yang pernah mengajar kami tetap kami kenang smpai bila2..insyaallah. Kepada mereka dari STTA yang membaca blogku ini..sudi2kan lah joint as a follower blog ini sebagai tanda sokongan dan ingatan pada sekolah kita Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad Kundang Ulu...:)) Terima Kasih.

5 comments:

  1. Bagus Ezihan, teruskan usaha..blog ni mmg pengerat ukhwah & silaturrahim......Terima kasih krn menghargai. Kepada rakan guru & adik2 ku d STTA, sy pasti xle lupa jasa baik rakan guru yg baik hati, adik2ku yg sporting2, kita mcm adik-beradik pula...Bersyukur sy kehadrat Ilahi & bertuah sy ditempatkan di sana, satu pengalaman yg sy x boleh lupa smpai bila2....STTA dlm ingatan.:)

    ReplyDelete
  2. rasa bersyukur kerana pernah belajar di STTA..:)

    ReplyDelete
  3. Cikgu pida..terimakasih atas komen cikgu dan pastinya murid2 dan guru yang kenali cikgu merindui cikgu...:))

    ReplyDelete
  4. mr sup...tahniah krn pernah belajar di sini...:)

    ReplyDelete
  5. Eh! Macam mana plak boleh termasuk kat blog ni. Kebetulan ada plak adik saya Hajjah Nurul Hasanah ... ;)

    ReplyDelete