About Me

My photo
Blog ini lebih memaparkan kehidupan seharian ku bersama keluarga dan masyarakat di kampung. menaip lebih mudah dari menulis maka aku akan taip dalam bentuk blog menggantikan dairi pengalamanku.terimakasih kepada yang melayari blog ku ini dan menjadi ahli.

Tuesday, December 6, 2011

Tokeh Ikan Baung dan Udang Galah Hujung Tambak Yang Berjaya Dalam Hidup.






Gambar2 Suasana Perkahwinan Abang Mad dan Isteri

Photo-photo ini adalah atas permintaan penduduk kampung yang nampak lah aku ni gatal2 bawak kamera pada majlis ini pada hujung 21/11/2011 tak salah aku lah di kampungku Kampung Hujung Tambak Muar Johor. Perkahwinan antara Abang Mad dan isterinya yang disayangi. Perkahwimam ini berlangsung dengan begitu meriah sekali.
Abang Mad ni kalau di kampung... mana2 orang yang mengidam nak makan ikan sungai terutama baung ikan ubi atau bodoh dan udang galah ...carilah dia. Dia seorang yang sangat rajin. Keadaan diri tidak membuatkan dia ketinggalan dalam apa jua aktiviti atau pun mencari rezeki, Kalau di kampung kata malam ni kenduri rumah wak Monah (ibu bang Mad)...masing2 dah terbayang ikan 'bodoh' dan udang galah..hihi..biasalah manusia biasa..makan jugak yang terbayang.
Dalam sukan bang Mad ni minat badminton dan sememangnya dia teror dalam badminton. Setakat aku ni..sapunya aku...hihi. Pada majlis ni aku rewang jer la. Untuk pengetahuan u all...pengapit dia tu namanya Awit..11/12/2011 ni majlis perkahwinannya, Alhamdulillah suasana meriah, kompang dan rewang masih lagi dapat dikekalkan di kampung ini. Bagi pembaca2 wanita entry ini...lelaki2 yang ada di balik tirai makan berdamai atau beradab tu ramai yang bujang dan bertanggungjawab..:)). Sebenarnya mereka inilah anak2 muda yang menjadi sebahagian tulang belakang unta majlis2 perkahwinan di Hujung Tambak ini. Mereka juga berjaya mengekalkan adat rewang merewang ini...alhamdulillah. Kepada bang Mad dan Isteri TAHNIAH..juga kepada Awit Selamat Pantin Baru dari kami warga Hujung Tambak. Jumpa di lain masa di majlis2 yang lain pula..nak sembahyang maghrib dah ni

No comments:

Post a Comment